Melaka : Roti Canai Kayu Arang & Alif Dalam 7 Dimensi

Hai semua.. he he he.. tetiba gelak kan..tu gelak gemuruh namanya.
Sebabnya, saya baru nak merangkak-rangkak update cerita tertunggak berbulan lamanya ni.
Cerita jalan-jalan ke Melaka lepas AidilAdha hari tu.
AidilAdha bulan berapa hari tu?
Yer.. pandai anak-anak semua. Bulan September.
Makanya hashtag jangankejikakakok.

Minggu AidilAdha, hari Jumaat tu 16 September 2016 hari Malaysia.
Saya memang dah susun plan memolek gitu gini, so arahan diberikan kepada Encik Z dan anak-anak supaya sila patuh pada perancangan yang Mommy dah susun ini.

6.30 pagi dah kerah semua bangun.
Pukul 8 pagi tepat dah gerak dari KL.
Pukul 10 pagi dah sampai di Roti Canai Kayu Arang Melaka.
Biasa la, semua pun gara-gara viral. Lalu terikut ikut nak cuba hehe.

Ramai gila orang hah.
Tapi sokay lah tak lama sangat tunggu seat.
Bertabahlah makan dalam kepanasan, asap dan bau makanan.

Order roti canai 7 pinggan.
Nasi lemak 2 pinggan. 1 lauk ayam, 1 lauk kerang.
Lepas dapat nasi lemak pandang meja sebelah, why meja sebelah ada kangkung?
Why me punya takde kangkung? Sob sob sob.


: : Roti canai yang dimasak atas arang : :


: : Tanjat tengok gambar ni. Rerupa tercekik je Yaya tu. Tapi dia kata bukan tercekik. Sebab pedas la Mommy. Oooo.. Mesti dia amukan tengok saya letak gambar ni hehe : :


: : Yang sebenarnya Yaya ok je. Tak tercekik pun : :

So sedap sangat ke roti canai kayu arang ni?
Saya sejujurnya bukan pencinta roti canai.
Boleh  makan tapi bukan la favourite.
Ok ok la kiranya. Nasi lemak pun sama.
Takde la sedap sampai nak repeat lagi ke apa.

‘Mommy, betul la Mommy kata pukul 11 pagi dah selesai makan’
Gitu Caca terkagum dengan perancangan Mommy.

Selesai makan, pukul 11 pagi terus zasss ke Dataran Pahlawan sana.
Nak nonton movie Aliff Dalam 7 Dimensi.
Ada Aliff Satar & Izzue Islam.
OK la ceritanya, best jugak.
Nak review pun takyah dah la ek, berzaman dah pun ceritanya hehe.


: : Dapat whatsapp dari Kaklong kata depa dah nak sampai Melaka : :

Selesai nonton dalam pukul 2 lebih camtu terus je zass ke Pantai Klebang sana.
Nak check in hotel. Ayuh kita.

One thought on “Melaka : Roti Canai Kayu Arang & Alif Dalam 7 Dimensi

Comments are closed.