Melaka : Mi Sup Tengkera, Coconut Shake Klebang, Asam Pedas & Kacang Phool

Matiklaa tajuk makanan kemain panjang.
Nampak nau tembolok besar, rancak nak makan je haaa..
Lepas check in condo dan sebelum mandi kolam tu saya keluar dulu cari makan.
Nak pekena Mi Sup Tengkera aka Mi Bodoh kata orang Melaka.
Haihh taktau la memang jatuh cinta betul saya dengan mi sup ni ha.
Kekira kalau pegi Melaka memang wajib la pekena.


: : Dap dap dappp : :


: : Campur pepper dan kicap cair : :


Lepas pekena mi sup, nak cari coconut shake pulak.
Gigih q 45 minit kau. Punya la panjang q.



Malam tu konon nak keluar ramai-ramai makan ikan bakar.
Tapi sekejapan tengok anak-anak semua dah lena, masing-masing pun keletihan so kensel.
Saya keluar dengan Encik Z je berdua pegi makan asam pedas claypot kat Pantai Klebang.

Sampai condo balik tengok laa si Aisya ni tak tdo lagi.
Tengah dok menyembang dengan Abang Long.
Saya dengan Encik Z pun duduk la menyembang jugak dengan dia.
Waktu mood baik, comel je budak ni. Waktu amukan, eieieiie rasa nak picit picit je.
Apa pun, Mommy tetap love love u sayang.

Esoknya pepagi saya keluar berdua dengan Encik Z nak cari breakfast.
Yaya konon kata nak ikut tapi tengok lena tidoq, malas nak kejut.
Kami ke Kacang Phool Hajijie by HaaTueAhh Cafe di Bukit Katil.
Memang dah lama saya follow instagram depa.
Geram je tengok kacang phool haaa..


Selain kacang phool, kami order Roti Titab dan Mee Bandung Muoor.
Semua pun sedap. Boleh repeat lagi ni.

Walaupun saya ada kenangan pahit kat Melaka ni, tapi saya tetap suka datang sebab seronok jalan-jalan kat sini.
Banyak tempat bersejarah dan banyak tempat makan best-best.
Dan satu fakta yang tak boleh saya nafikan.
Anak saya tetap punya darah Melaka yang mengalir dalam badannya.
So ya…

One thought on “Melaka : Mi Sup Tengkera, Coconut Shake Klebang, Asam Pedas & Kacang Phool

Comments are closed.