Blog Maya Dot Com

Glamz of Bollywood @ Hi Tea Puspanita Kijang 2016

Ni cerita tahun lepas ni. 9 Disember 2016.
HiTea Puspanita Kijang.
Rasa sejak saya masuk B** ni macam tak pernah miss je hi tea ni.
Biasanya depa buat dalam bulan September, Oktober gitu.
Kali ni terlajak pulak buat bulan 12.
Tempatnya di Lanai Kijang sana.

Tema kali ni Glamz of Bollywood.
Kemain lagi kan.
Saya takde la bertema temanya.
Cuma pakai baju baru je la hiks.
Baju sepasang dari @byfatinsuhana .

Doorgift berupa beg kecik comel di bawah.
Tak silap dari negara timur tengah sana.

Izinkan kakak berfeeling sebentar.
Boleh pulak tudung atas tu terpeleotnya.
Tak jadi la efek tudung terbang-terbang.

With Kak Linda.
Kak Linda ni memang sokmo tetiap tahun mengikut tema.
Rasa dah 3,4 kali dia menang best dress.
Tapi tahun ni dia tak menang. Why lah why why why?
Cantik kot baju ia. Ikut tema tapi lain dari yang lain.
Babuji gitu.
Yang menang semua nya berdress berpunjabi sut.
Klise tau nggak, kliseeee.
Saya tak puas hati! Saya bantah keputusan juri!
Matikla emosi tak tentu hala.

Warga RSA yang sama-sama attend majlis ini.
Kak Noni, Mya, Kak Wan, Zura, Kak Aida, Kak FK, Kak Bib dan Kak Yam.
Semua pun kak kak.
Esok bila depa pencen, saya pulak la berpangkat kakak pada staf lain nanti.

Artis undangan Farawaheeda.
Yang popular dengan lagu Tanpamu tu.
Tapi dah lama gak dah ia tak muncul kan.
Kemain labuh kekembang skirtnya.

Pastu ia ajak staf naik atas nyanyi lancing lancing sesama.
Dia nyanyi lagu Perawan atau Janda tu.
Tapi liriknya tukar Akak pilih yang mana, yang bujang atau duda.

Haruslah pilih bujang kan kan. Tak main la duda. Tetiba.
Matikla diri sendiri janda ada hati nak kan bujang. Hiks.
Tapi rezeki I la dapat bujang tau. Hashtaguntunglaa

Tak kisah lah bujang ke duda ke, janji jangan kacau rumahtangga orang sudah.
Tetambah yang kacau sampai suami orang ceraikan isteri sendiri sebab nak kan kita.
Not good not good. Tapi kalau nak jugak, suka korang lerrrr..

Food macam biasa, sedap-sedap belaka.
Ada popiah durian, mee kari, nasi, satey, ais kacang, aiskrim semua pun lazat.

Sepanjang majlis ni adalah diumumkan lucky draw semua.
Seingat saya kan, saya biasanya mesti dapat je lucky draw walaupun hadiah kecik-kecik.Kali ni aikk apa ni nama tak naik-naik. Sedih la ceni.

Sampai la dah nak habis majlis, dah nak top 3.
Saya lelaju nak habiskan dish terakhir iaitu ais kacang.
Lelaju sumbat, bila dah announce nombor 2 dengan 3 terus cam hmm memang takde luck ah aku tahun ni.

Sampai la si pengacara majlis, Atie kata haa nombor 1 ni dari RSA.
Ada berapa orang dari RSA?
Tapi seriously saya memang ahh takkan ahh dapat nombor 1.
Takkan ah lucky sangat.
Sambil menyambung makan ais kacang lelaju.

Tup tup ‘Tempat pertama, Normaya Mukhtar!!’
Apaaa??? Kakak dapat lucky draw nombor 1????
Lalu mengaturlah langkah malu malu najis kucing melangkah ke atas stage.

Hadiah berupa Pensonic Air Fryer!
Memang ada jugak simpan azam dan cecita nak beli air fryer ni.
Allah SWT bagi rezeki. Alhamdulillah syukur syukur syukur….
Senang la kerja masak memasak lepas ni.
Tetambah selalu tengok instastory Kak Red, dia masak guna air fryer ni cam senang dan pantas gila.

P/S : Rezeki kita semua berbeza-beza. Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita punya.
Jangan meratapi apa yang tiada. Terima kasih Allah!

    3 thoughts on “Glamz of Bollywood @ Hi Tea Puspanita Kijang 2016

    1. diyanadi

      See see kalau ada rezeki memang x kemana kan? sekarang air fryer tu selalu guna or duduk dlm kotak je? hehehe