Blog Maya Dot Com

Baru Dapat Berkumpul

Biasanya bulan December la kami sekeluarga berkumpul gi jenjalan sesama.
Tapi memandangkan saya 3 beranak cuti lama pergi Korea tu, so tak dapatlah nak gather gather.
Depa semua gi bercuti ke Penang. Jeles je tengok.

Sebelum Mama & Yaya balik Taiping, Kaklong sekeluarga je la datang KSU.
Adil sekeluarga tak dapat datang sebabnya Yana dah balik Melaka.
Sekolah belum bukak tapi biasala ada meeting cikgu cikgu semua.

Walaupun rumah masih tak habis kemas lagi, tapi buat-buat tutup mata je la ek.
Almari dengan drawer tak beli lagi.
So banyak barang tak boleh simpan.
Rasa dah buang macam-macam, tapi tetappp la banyak jugak barang yang tinggal.
Keliru iolls dibuatnya.



Abang Long kata masing-masing macam nak bercuti kat resort.
Walhalnya nak pergi rumah Mommy je kan hehe.
Esoknya pergi terjun kolam la kan apa lagi.

Malam tu saya belanja semua makan kat Pizza San Francisco Wangsa Maju.
Makan western kita.

Tshirt I Love Korea. Of coz beli kat Korea sana.
Lepas tu baru terfikir napa lah saya tak beli je untuk saya.
Buat pakai basah basahan kat rumah kan.
Kekdahnya saya tak beli sebab tak de lengan panjang. Hmm..

Sorang lagi ada ni tapi dah zzzz zzz.
So snap gambar tengah tidur pun bolehhh laa.

Antara yang diorder.
Yang atas kiri kanan tu wajib order. Sedappp.
Harga standard la kot harga restoran-restoran ceni.

Next future plan nak gi jalan-jalan bulan Mac nanti.
Tapi taktau la jadi ke idoknya.
Biasa la, kita merancang, Allah SWT jua yang menentukan.