Perth : The Pinnacles Desert

Kami meneruskan perjalanan ke The Pinnacles Dessert yang mengikut jadual mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan, sejauh 80 km.
Tapi sebelum tu stop sebab nak ke toilet dan solat.


: : Sejuk oii nak duduk atas toilet bowl tu : :

img_7932-768x574


: : Dalam perjalanan lapar lalu makanlah coklat dan biskut : :


: : Jangan convert! : :

The Pinnacles are limestone formations within Nambung National Park, near the town of Cervantes, Western Australia.

Ni kira memang tempat kunjungan pelancong la.
Tapi sejarah pasal batu batu ni semua saya tak sempat kaji hehe.
Tak kisah lah tu, janji tempat ni adalah unik dan cantik untuk bergambar.
Ala ala Stonehenge gitu..

Nak masuk ke dalam ada bayaran yang dikenakan.
Nanti la bajet-bajet ni saya try korek kalau rajin.
Kalau tak, korang boleh google kat blog lain banyak je info yang depa share.


Tempat ni sangatlah besarnya. Jangan berangan nak jalan kaki ke apa k.
Memang luas bawak kereta. Pergi ke belah belah dalam lagi banyak batu batu yang cantik.
Nothing much to membebel. Tengok gambar je la yer.
Terima kasih pada Kak Tina yang rajin melayan saya posing.
Tertonggeng terbalik dia nak dapatkan posing ala-ala Che Ta saya.

Diremang-remang senja memang lawa ah tengok matahari terbenam.
Background pulak lagu Senja Nan Merah.  Best best best.

Dah selesai menikmati pemandangan dan bergambar sampai lebam, kami pun memulakan perjalanan pulang ke bandar Perth dengan Bismillah.
Macam merisau jugak sebab makin lama makin gelap kan.

Tak sampai 15 minit perjalanan kan, masa tu kebetulan saya pun tengah pandang arah depan, tak semena-mena lintas seekor kangaroo.
Besaqqq baqhangg!!! Tinggi sama paras dengan kereta!
Nasib baik la KakTina sempat brek pastu kangaroo tu tak jadi lintas jalan, terus lari balik masuk dalam semak.
Kussssss semangat!
Lepas kejadian tu semua dah tak berani tidur huhu.
Memang pengalaman sesungguh!

Selepas 3 jam perjalanan akhirnya selamat sampai kat kawasan town Perth.
Tak ingat bahagian mana tapi kami stop sebab nak gi toilet, nak isi minyak semua.
Nampak restoran Red Rooster ni. Amy cakap, Ima bagitau ayam red rooster ni ayam halal.
So decide nak masuk dalam jap makan.




: : Kami 5 orang order banyak ni. Lepas tu masing-masing macam pirana makan haha! Saya pun tak faham kenapa tak nak order sendiri-sendiri je : :

Sampai hotel saya tak naik terus. Decide nak gi kedai runcit depan sikit nun nak cari kopi Dare yang sedap itu. Ajak Lyn teman. Amy pun nak ikut sekali. Ayuhlah.



: : Belakang tu la hotel kami duduk : :


: : Kedai runcit bertajuk Rise Supermart : :

Memang leka dalam kedai ni.
Ye la, benda-benda yang dijual haruslah tak sama dengan kat Malaysia kan.S
Satu-satu saya telek belek.
Paling seronok tengok diorang punya air minuman.


: : Air kelapa! : :


: : Minuman antioksida, iced strawberry, whole protein : :


: : Banyak gila seleksi air kelapa haaa : :


: : Lapar lalu marilah masak maggie hehe : :

maps: : Perjalanan kami hari ini : :

3 thoughts on “Perth : The Pinnacles Desert

  1. wahh sonoknyer gi pinnacle., hehe2
    tringat dulu masa kat situ, tour guide tu ade bwkkn sandwich tp wak x makan sbb was2 x halalan thoyiban gituuuu., huhu2

Comments are closed.