Perth : The Arrival

Selamat Tahun Baru 2017 korang!

Marilah kita mulakan entry pertama tahun 2017 ini dengan kisah saya ke Perth, Australia.
Tapi saya beri amaran awal ya, saya tak cerita details sangat sebabnya dah melambak kot blog yang cerita secara terperinci tentang Perth.
Korang google melambak kot info boleh dapat.
Makanya saya cuma tuliskan pengalaman pertama saya mengembara ke negara orang putih saja.
Dari kaca mata seorang Normaya.

Plan nak pergi Perth ni actually mulanya dengan start komen mengomen kat status Facebook ja.
Lepas tu saya buat group messenger kat FB.
Pastu create group whatsapp.
Kebetulan masa tu memang Air Asia ada promo.
So gedebak gedebuk discuss lebih kurang, akhirnya Perth menjadi destinasi kami sepetak suara.
Kami itu ialah Lyn, Amy, Dee dan kawan Dee yang saya baru kenal bernama Kak Tina.

Hari yang sama saya create group whatsapp tu terus je masing-masing zass ziss zuss transfer duit kat saya. Bagus depa ni.
Lalu kerja-kerja membeli flight ticket saya lah yang uruskan.
Beli tiket 25 Mac 2015. Nak travel 27 Mei 2016.
Ambik kau 1 tahun 2 bulan menunggu. Berjanggutttt.

Flight ticket Air Asia RM547
Insurans RM50
Luggage RM178
Makan RM27

Pastu saya mengada ambik Hot Seats. Kena tambah RM149.00.
Memang mengada tapi suka aaaaa. Bila lagi nak merasa duduk hot seats hehehe.
So total nya RM951 untuk Air Asia.

Dalam masa 1 tahun 2 bulan ni kitorang cuma meet up 2 kali je untuk bincang.
Selebihnya thru whatsapp dan masing-masing dah diberi tugas.
Tugas saya hmmm.. of coz booking flight ticket, pastu cari kedai halal, pastu study map dari satu tempat ke satu tempat berapa lama.
Tu je kot? Hehehe…

Flight 27 Mei 2015 hari Jumaat jam 12.05 tengah malam.
Encik Z hantar sampai KLIA2. Janji jumpa semua terus kat sana lah.


: : Sekarang tag luggage semua pun print sendiri. Betul buat duit kan Air Asia nih : :


: : Boarding pass : :


: : Makan dulu kat McD : :


: : Sementara tunggu boarding, sempat saya layan episod akhir Dia Semanis Honey kat Astro On The Go : :


: : Memperkenalkan ahli rombongan Cik Kiah. Dari kiri Dee, Kak Tina, Amy, Mya & Lyn : :

Kata Hot Seats kan, so masuk awal laa.
Kami dah duduk lama tu ha masih ada lagi penumpang baru nak masuk plane.


: : Dee & Kak Tina tak ambik hot seats, so depa naik lambat. Depa la snap gambar nih : :


: : Depan sana tu Quiet Zone : :


: : Jangan lupa isi Arrival Card ya : :

: : Jakun cari kat mana meja. Sekali kat tepi daaa hahahaha : :

: : Kalau apa-apa jadi saya la kena bukak pintu kapal terbang haaa : :

Dari Kuala Lumpur ke Perth ambil masa 5 jam 30 minit.
Saya tidur tapi macam tidur-tidur ayam kot.
Sama macam pegi Kaherah laa, bukan apa, takut berdengkur kah kah kah.
Lyn dengan Amy kata saya tidur bersopan. Statik je tak de pun meresah pusing kiri kanan.
Well… I kan bersopan santun lemah lembut orangnya.
Tidur pun sopan. Hiks.

: : Alhamdulillah, selamat mendarat di Terminal 1, Perth International Airport : :


: : Muka-muka baru bangun tidur tapi tak nampak macam bangun tidur kan? Excited kot! Hello.. Kami kat Australia ok. Korang hado? #matikla kena panah petir : :


: : Berlambak brochures ha. Ambik je sorang satu. Usah rebut-rebut : :


: : Collect luggage : :


: : Depa unwrap beg sebab apa tah. Rasanya nak ambik coat kot? : :

OK sedikit info tentang makanan yang dibawa masuk.
Kitorang tak banyak bawak food pun.
Takat maggie, instant porridge, nescafe, roti, biskut camtu je.
Pastu kitorang dah siap-siap buat list dan kumpulkan semua food tu dalam satu beg.
Nervous ni tau tunggu anjing keluar nak hidu beg.
Sebabnya dok baca blog orang sana sini semua pun kata anjing hidu beg la apa la.

Tapi sampai sudahnya bayang anjing pun takde.
Pastu takde pun pegawai kastam tu cek beg pun.
Kitorang bagi je list makanan tu, dia senyum dan terus je boleh lalu dengan riang ria.Rasanya nasib-nasib jugak la kot no?


: : Terus pergi kaunter Avis nak collect kereta : :


: : Ada banyak kaunter kereta sewa kat airport ni ha. So jangan risau : :

Selesai urusan kereta semua seperti lipas kudung solat subuh.
Dah subuh gajah dah pun. Ada prayer room kat tepi toilet tapi share-share la lelaki perempuan.
Memang bersesak-sesak aaaa dengan orang Malaysia.
Makanya sila lah bertimbangrasa ya kawan-kawan.


: : Keluar je dari Terminal, suhu 9 darjah celcius. Sejuk berangin… : :

Perth ada 4 musim.
Saya pergi ni musim Autumn @ Gugur nak masuk Winter.
Memang sejuk la.


: : Feeling je lebih. Bukan saya drive pun hehe : :


: : Tak penuh pun beg kami kat belakang : :


: : Kak Tina yang drive dari awal sampai laaa akhir. Macehh Kak Tina! : :

Kitorang book Hyundai iMax 8 Seater Minivan ni untuk 4 hari dengan harga AUD422.54.
Sekali dengan Wifi dan GPS.
Apa tunggu lagi.. Perth! Saya datang ni!

4 thoughts on “Perth : The Arrival

  1. Perth memang best. Rasa nak repeat. Tapi nya skrg ni dah tak boleh konsep redah saja. Kena bebetul teliti. Tp naseb baek itu kapten kecik tak byk kerenah kalo gi jalan2. Lega hati mak nak.. hihi.
    Acik mya bila kita nak bercuti together2 ni.. hiks

  2. Assalamualaikum.
    Bila nak update – Korea trip? Bolehlah akak nak refer2 ‘cos yours the most recent. Yang lain-lain tu agak lama dah sikit. TK

Comments are closed.