Perth : Swan Bell Tower & Watertown

Hari ni nak pulangkan kereta sewa dah.
Sebab aktiviti hari ni dalam town saja. So boleh jalan kaki dan naik bas.
Tempat pulangkan kereta pun dekat je.
Setel apa segala urusan pun pantas.

Lepas tu menapak pepelan menuju ke Swan Bell Tower.
Jalan kaki dalam 20 minit camtu.
Menyusuri Swan River. Cuaca pun cerah dan molek.


: : Pan Pacific Hotel, Perth : :
: : Swan River : :

: : Perth! :

The Swan Bells are a set of 18 bells hanging in a specially built 82.5 metres (271 ft)-high copper and glass campanile in Perth, Western Australia.
The tower is commonly known as The Bell Tower or the Swan Bell Tower.

Boleh masuk dan naik sampai atas tapi kitorang decide taknak masuk.
Lagipun masa ni awal pagi lagi, belum bukak pun.
So bergambar je lah.

Lepas tu menapak cari bus stop nak naik bas ke tempat seterusnya.
Kitorang naik bas percuma je. Cuma kena pastikan route yang betul kat mana tempat korang nak pergi tu.
Ada la sesat barat sikit tapi takpelaaaa.
Info lebih lanjut pasal bas percuma ni korang boleh ke http://www.transperth.wa.gov.au/

: : Dalam bas : :

Matikla dalam bas pun jumpa orang Malaysia.
Siap bagi salam semua. Pastu masing-masing senyum malu sendiri hehe.

: : Tengok tengok barang : :

: : Perth Arena : :

Perth Arena is an entertainment and sporting arena in the city centre of Perth, Western Australia, used mostly for basketball matches. It is located on Wellington Street near the site of the former Perth Entertainment Centre, and was officially opened on 10 November 2012.


: : Autumn menghampiri penghujung : :


: : Macam dalam movie hehe : :


: : Menapak lagi, lalu bawah jambatan : :


: : Ok sampai dah. Watertown! Kira macam Factory Outlet laa : :


: : Beli topi untuk Yaya kat Cotton On. 1 Dollar je! : :

Masa kat Cotton On ni kan, ada 2 orang makcik Melayu, hmm boleh masuk kategori nenek kot kat depan saya dengan Lyn tengah nak bayar kat cashier.
Depa berdua je, mungkin terpisah dari ahli rombongan kot.
Macam kesian tengok masing-masing terketar-ketar nak keluarkan duit dari wallet.

Saya dengan Lyn tak de la sembang apa masa tu.
Tapi masa tunggu bas baru kitorang nyembang.
Saya rasa Perth ni tak sesuai kot untuk warga emas dan budak kecik.
There’s nothing yang sesuai for them kat sini.

Lyn kata mungkin masa muda diorang memang berimpian nak pergi negara mat salleh kot.
Perth yang paling dekat, so diorang zasss je la kot.
Maybe la kan. Duit masing-masing terpulanglah.


: : Beli bathrobe jugak : :


: : Beli Morish Nuts lagi! Gegara baca komen Intan kat FB. Katanya memang la agak mahal tapi kat KL lagi mahal! Pengaruh rakan sebaya betul tau. Terus up 4 pack huhu. Tapi memang sedap pun oi! : :


: : Lyn tengah try jeans. Saya tunggu ia kat luar : :

Itu je la pun yang saya beli. Sebab kan dah beli fridge magnet dengan sweater kat Fremantle kan.
Cecukup la tu. Saya bukannya kaki shopping pun.


: : Kalau korang nak ke Watertown, naik CAT warna kuning dan turun kat bus stop nombor 22 k? : :

3 thoughts on “Perth : Swan Bell Tower & Watertown

  1. 5 hari pegi Perth, hari-hari pegi Watertown. haru sungguh..hahaha! mentang-mentang hotel betul-betul kat sebelah je..

  2. Intan pulak rasa Perth sesuai untuk orang2 tua sebab kalau ada banyak aktiviti, bukan diorang boleh buat dan join pun. Perth ni ala2 slow pace nyer travel. Setakat jalan2, tengok view… Nak jalan2, boleh sewa kereta. Diorang tak perlu banyak jalan kaki. Intan bawak mak pie Perth, bawak la pie aquarium. Apa ntah nama eh. Lupa dah. Masuk kejap dalam 5 minit, dia dah pening. Adoi aii… sabor je la.

    • Kalau jenis orang tua yang suka light and easy aha Perth ok la.
      Cumanya saya rasa kalau saya tua mungkin saya lagi suka pergi negara2 Middle East kot hehe.

      La pening kenapanya dia?

Comments are closed.