Perth : Lancelin Sand Dunes

Destinasi kami seterusnya ialah Lancelin Sand Dunes.
Jaraknya 145km kalau melalui Indian Ocean Dr/State Route 60.
Kira-kira dalam 2 jam perjalanan jugak la.
Yang paling best, highway kat Perth ni tak perlu bayar tol.
Instead of highway, dipanggil freeway! Haha.

Lancelin Sand Dunes ni ialah tempat orang main sandboarding.
Biasa orang main kat salji kan. Kat sini main atas pasir.
Pasiaq kata orang utara.


: : Boleh sewa sandboard kat kedai-kedai runcit tepi jalan : :

Tapi saiyangggg..
Tokey kedai tu kata pasir lembab sebab hujan.
Jadi nak slides tu payah la kan sebab pasir lembab.
Pastu dia kata ikut kaji cuaca jap jap lagi ni nak hujan.
Tengok luar memang langit mendung suram je pun.

Tapi katanya dia tak kisah je kalau kitorang nak proceed sewa sandboard tu.
Cumanya macam reminder je la Jangan Kata Sis Tak Payung.
Gituu.
Setelah bermesyuarat tingkap, dan tak mahu sewaan sandboard tu  jadi sia-sia, kami sepetak suara mengambil keputusan tak perlulah sewa.
Kita pergi foto-foto je lah.


: : Kak Dee & Tina bawak bekal memacam. Saya ni tukang pau je kejenya huhu : :


: : Dah nampak dari kejauhan. Tengok langit gelap kan : :


: : Rasa macam kat padang pasir : :

Bila pegang pasir tu, yes, memang lembab.
Memang tak nampak pun orang sandboarding except satu family ni dari Malaysia.
Tersekat-sekat sandboard depa. Sebab pasir tak smooth kan.
So no regrets la sebab tak sewa sandboard tadi.
Ralat sikit sebab tak dapat sandboarding tapi takpelah, takde rezeki.
Kena pegi musim panas baru molek.
Tapi nak kena hadap cuaca panas la kan.

Pemandangan dari tempat tinggi tu memang magnificent.
Saujana mata memandang.
Pasir putih. Awan putih. Langit biru. Memang lawa.
Makanya bergambar je la sampai lebam.
Thank you Lyn tolong snap kan gambar cecantik.





: : Sebelah sana tu laut. Eh memang lawa lah view kat sini : :

Gambar lompat melompat ni macam biasa Kak Tina le jadi photographernya.
Banyak gila kot snap! Terkekek-kekek tengok pelbagai aksi memasing.


: : Depa dah turun dulu. Saya masih atas bukit. Tengok nun sayupppp je ha : :

2 thoughts on “Perth : Lancelin Sand Dunes

  1. masa pegi haitu tak sempat cover lancelin sbb kami pegi to the south. jenjalan belah albany… masa tak cukup huhu

Comments are closed.