Perth : IGA & Lake Clifton

Itinerari perjalanan kami boleh refer kat ENTRY NI.
Kami terus ke The Park Hive Iga yang terletak di Hammond Park.
Tujuannya sebab nak pergi collect bihun goreng yang dah dimasak oleh kawan Amy bernama Ima.
Kelas tak Amy ada kawan kat Perth?
Ima baik hati nak masakkan untuk kitorang.
Rezeki jangan ditolak la kan.

Perjalanan dalam 45 minit camtu.
Sekalian kami nak breakfast jugak kat area sini.
Sampai je kat tempat kejadian, terus ke rumah jiran Ima untuk ambik bihun goreng tu.
Ima masa ni kerja tu yang dia tinggal kat rumah jiran dia je.


: : Kawasan perumahan Ima : :


: : Kindergarten. Kemain comelllll anak mat salleh ni haa : :


: : Bihun goreng dalam bekas yang Lyn pegang tu : :

: : Selain dari bihun goreng, Ima tolong belikan Chilli Beef & Cheese by Mrs Macs : :


: : Breakfast di Espresso 15 : :


: : Saya breakfast roti, telur, spinach, mushroom dan salad : :


: : Dalam toilet pun jadi bergambar : :


: : Ida pesan suruh try kopi Dare ni. Ya ampun sisturrr sedap sangattttt : :

Perjalanan pun diteruskan ke Lake Clifton Thrombolites yang mengambil masa kira-kira 1 jam lamanya.
Ada la tersesat sikit nak masuk tapi alhamdulillah still jumpa la.
Memang tricky. Pandai-pandai korang la cari.
Dah la masa ni setiba tiba wifi tak boleh guna pulak. Pfftt..

Thrombolites merupakan batu-batuan unik yang hidup di pinggir tasik.
Kedudukannya agak jauh dari jalan besar.
Lake Clifton ini berada di dalam kawasan Yalgorup National Park.

Thrombolites terhasil dari mikroorganisma kecil yang dipercayai menyerupai bentuk awal kehidupan di bumi.
Para saintis percaya kehadiran thrombolites ini mungkin disebabkan oleh upwellings tinggi tanah tawar bercampur kalsium karbonat.
Laluan pejalan kaki telah dibina untuk membolehkan pelawat untuk melihat struktur thrombolites ini dengan lebih dekat.


: : Kiri kanan ala-ala paya bakau : :


: : Laluan menuju ke Thrombolites : :



: : Kak Tina turun ke bawah sebab barang dia jatuh. Nak naik balik dah payah pulak. Tu yang tertonggeng si Amy nak tolong tarik : :

2 thoughts on “Perth : IGA & Lake Clifton

Comments are closed.