Perth : Fremantle Prison & Cicerello’s

Perjalanan diteruskan ke Fremantle Prison.
Tapi masa kami sampai ni dah tinggal lagi 15 minit nak tutup dah.
Konon nak ambik tour apa bagai, tinggal angan-angan je laaa.
Tu pun staff situ baik hati bagi kitorang masuk jenguk kejap.

Fremantle Prison, sometimes referred to as Fremantle Gaol or Fremantle Jail, is a former Australian prison in Fremantle, Western Australia. The six-hectare site includes the prison cellblocks, gatehouse, perimeter walls, cottages, and tunnels.

Uwaaa… ruginyaaa rasa tak dapat tours.
Teringin sangat nak melawat dalam penjara sob sob.

Lalu bergambar je la kat depan.
Gambar pun dah kelam kelam sebab memang dah gelap masa ni.
Gigih jugak la ejas cahaya la apa la.


: : Sempat lagi tarik staf yang kunci penjara ni untuk bergambar sama. Walaupun dalam kegelapan, hantamm je la : :

Ok sekarang dinner time!
Kami nak cuba Fish n Chips yang menjadi buah mulut blogger seantero dunia.
OK takde la seantero dunia. Tapi seantero blogger di Malaysia hehe.
Jarak dalam 2km camtu je. Sampai-sampai hujan!
Berlari-lari anak la kami dari parking ke restoran ni ha.

: : Terus membelek menu : :

: : Kena beratur dan order makanan : :

: : Nanti akan diberi pager ni. Bila berbunyi baru pegi collect food kat kaunter : :

img_7503
: : Air saya. AUD3.85 = RM12 : :

Masa kat Malaysia discuss konon-konon nak share je Fish N Chips ni sebab portion besar.
Tapi sampai sana kebetulan semua tengah melapar hebat, so takmau share.
Berlagak nak sorang satu pinggan. Cuma Dee dengan KakTina je share berdua.
Sekali tengok haaa sengkak perut tak habis makan expecially fries tu.

Predict?
OK laa biasa-biasa je. Taktau la kot saya ni bukan pencinta fish n chips.
Nak kata sedap sangat tu tak la. Nak kata tak sedap pun, hmm boleh la.
Janji dah merasa.
Saya paling suka yang nanas tu.
Harga sepinggan ni AUD21.75. Lepas convert dalam RM68.
Pengsan ke idok? Hiks.

: : Sos belah kiri tu kena beli tau, bukan free. Tak silap AUD1 sebekas kecik : :

: : Dapat 10% diskaun sebab saya ada voucher diskaun. Intan yang tolong ambikkan brochures kat Matta Fair. TQ awak : :


: : View dari tempat kami duduk : :

Kat sini kitorang terserempak dengan Maria Farida sekeluarga.
Amy sempat la tegur Hai. Dia senyum je.
Gamak terperanjat ke apa taktau la.

4 thoughts on “Perth : Fremantle Prison & Cicerello’s

  1. Fish & Chips ni kalau siang maha meramai manusia. Malam nampak sunyi je ek.
    Sama la dgn Koko hari tu. Kat Malaysia, org memang dah tanam azam nak beli 1 plate je sbb big portion kan. Tapi bila sampai sana Koko hentam beli 2. Lapar gamaknya! Tapi sudahnya tak habis..haishhh

    Kak Amy tegur dia tak panggil tittle Datin kot..tu psl respon gitu..hehe

  2. Mak aiii… sepinggan sorang? Fensan! hahaha… Berguna jugak brochures tu ye. Alhamdulillah.

Comments are closed.