Perth : eShed Markets & Fremantle Markets

Dari Cape Leeuwin Lighthouse tadi ke Fremantle ambil masa 3 jam 30 minit.
Menangis duduk dalam kereta kau. Kekebas punggung dibuatnya.
Tidur, bangun, tidur, bangun tak sesampai huhu.
Dalam pukul 3 petang camtu baru la nampak bayang eShed Markets.
Oh time zone Perth dengan KL sama je, so takyah runsing nak adjust time.
Cuma sebab Autumn, cepat gelap.


: : Lepas park kereta, jangan lupa bayar parking naa. Kalau tak bayar, kena saman nanti buruk padahnya : :


: : Saya tunggu depa solat lalu berselfie lah seorang diri : :


: : Belah kiri tu kedai Megabes Products yang kerap dibaca di blog orang : :


: : Dalam kedai Megabes : :

: : Saya dan Lyn memoyo dengan jacket Australia Hijau Kuning : :


: : Inilah hasilnya. Saya beli 7 jacket hijau kuning Australia tu. satu AUD10 je. Murah kot? Selain tu, beli fridge magnet. Tu je la pun. Kangaroo ke, bear ke apa semua memang tak beli : :

: : Tengok belakang tu ha yang bertudung tu. Semua pun orang Malaysia. Matikla kiri kanan kau orang Malaysia : :

Saya shopping kejap je kot. So tunggu je la depa.
Boleh tahan memasing memborong.
Selesai kat eShed Markets terus ke Fremantle Markets.
Tapi sini parking payah la. Sudahnya Kak Tina & Dee drop kami 3 dulu.
Macam ada misscommunication sikit.
Jadi kat Fremantle Markets ni memang kejap nau nau.
Tak sempat nak cover sampai dalam-dalam.
Lagipun masa ni dah nak tutup dah pun huhu.



: : Nampak tak budak belakang Lyn tu? Masa kitorang dok bergambar depan Fremantle ni kan, dia asyik la dok enterframe photobomb. Serius annoying gila! Nak kata mabuk, muka budak je pun. Tapi memang menyampah! Pfftt : :

Cuma sempat singgah kat kedai coklat dengan kacang je.
Sib baik ada jugak 2 keping gambar ni teringat nak snap.
Lepas dapat call dari Kak Tina terus jalan keluar laju-laju.

: : Intan pesan suruh try kekacang ni. Tengok harga macam nak meninggal. Tapi beli gak la 1 buat syarat. Aterrr paling murah satu AUD8. Cer korang darab 3.1 tengokkk : :

One thought on “Perth : eShed Markets & Fremantle Markets

Comments are closed.