Perth : Caversham Wildlife Park


: : Mekasih Amy tolong preparekan breakfast. Harapkan saya, saya la bangun paling lambat sekali. Ta une betoi kan hehe : :


: : Lepas breakfast siap-siap nak berjalan untuk hari ini : :

Hari ini kami akan ke Caversham Wildlife Park yang letaknya berjarak lebih kurang 22 km dari Perth town.
Caversham Wildlife Park ni boleh dikatakan macam zoo jugak la.
Kira kalau ke Perth tak sampai kat sini memang tak sah. Wajib pergi.

: : Pagi ni sejukkkkk : :

: : Bayaran masuk. Bagus la kanak-kanak sampai umur 14 tahun : :


: : Tanjat jap ada notis Bahasa Melayu : :

Setiap aktviti dan program ada timingnya.
Saya lupa pulak nak snap gambar jadual tu tapi don’t worry ada je nanti korang nampak.
OK kita mulakan dulu dengan aktiviti yang mengikut jadual.
Yang pertama ialah bergambar bersama koala.
Jenuh la penjaga ni pusing-pusingkan koala ni pandang kamera.
Shy shy angat nih.

Yang kedua ialah Farm Show.
Show cukur bulu sheep aka biri biri.
Yang ni kena masuk cepat kalau nak duduk depan.

: : Kiri kanan depan belakang orang Malaysia. Tskk : :


: : Biri-biri berkumpulan : :


: : Nanti akan ada la sekor yang tak bernasib baik ditarik dan dicukur bulunya. Sian nengok ia : :

: : Sekali lepas cukur haaa tengok. Nampak macam sikit tapi banyak. Mesti lembut gebu gebas kan bulunya : :

: : Penonton dipanggil untuk cuba ala apa ke nama tali yang bila sebat bunyi kuat tu : :


: : Kanak-kanak diberi peluang susukan baby biri biri : :

Show yang ketiga pulak ialah Wombat.
Takde la show sangat pun. Cumanya kena q untuk bergambar dengan wombat nih.


Dalam kawasan yang sama dengan combat ni adalah binatang-binatang lain.
Seperti katak pisang hijau.
Gelik! Dulu kecik-kecik masa duduk kat quarters kat JB kan, selalu katak pisang ni melekat kat siling rumah.

Ada juga sesi memegang dan bergambar dengan ular.
Memula saya macam ragu-ragu tapi pastu ah belasah je lah.
Lagipun tetiga kitorang nak pegang ular ni serentak.


: : Muka ada sinyummm : :


: : Walhallll : :

Selain dari yang berjadual, korang boleh free and easy explore dalam Caversham Wildlife Park ni.
Syok la jalan sebab sejuk kan. So takde la peluh-peluh ke apa.

Pastu ada yang dalam sangkar-sangkar jugak.
Burung kakak tua berkepala pink bernama Pinky.

Pastu masuk satu tempat ni ada binatang pelik!
Tanjat dan geli masa saya tengok ha.
Macam anak patung tapi lepas tu gerak gerak.
Dah la warna hitam! Pastu dia berbunyi bunyi buat suara kesian macam mintak keluar.
Inilah dia haiwan yang dipanggil Llamas.


: : Waaaa gelikkk : :

Kat sangkar lain pulak.
Segala macam jenis kambing ada kat sini.
Walaupun depa berkeliaran tapi ok la takde la kes menanduk ke apa.


Dan yang paling ditunggu-tunggu.
Kangaroo!
Kangaroo ni takde jadual timing ke apa.
Memang ada je berkeliaran dan bertempiaran dalam satu kawasan ni.
So tak payah runsing rerebutĀ  nak bergambar k.

Cuma masalahnya masa saya pergi ni semua kangaroo tengah mabuk ketum kot.
Takde yang ceria melompat ke apa.
Semua dok baring terkangkang dengan muka pemalasnya.
Saya saspek mungkin dah dekat tengah hari masa ni.
Gamaknya masing-masing tengah kenyang lagi.
Tu yang baring tidooo je kot. Tskk.

Tapi saya excited la. First time jumpa kangaroo kot!
Heee..






: : Jejauh kakak ostajah datang, sampai hati kau buat ceni kat kakak : :


: : Kedai souvenir. Tapi kitorang tak singgah pun : :

One thought on “Perth : Caversham Wildlife Park

Comments are closed.