Perth : Cape Leeuwin Lighthouse

Destinasi pertama kami hari ini ialah Cape Leeuwin Lighthouse.
Jaraknya cuma 10 minit saja dari Augusta tadi.


: : Stop kejap bergambar : :

Seperti namanya, The Lighthouse Cape Leeuwin ialah rumah api lah kan.
Standard rumah api, berfungsi sebagai bantuan navigasi dan stesen cuaca.
Ada 2 pilihan untuk tour dalam lighthouse ni.
Sama ada ambil Audio Tour atau Guided Tour yang boleh naik sampai atas.
Kami ambil yang Audio Tour saja demi penjimatan berganda.


: : Bayaran yang dikenakan : :


: : Diberi alat ni dan audio player so kita boleh dengar penerangan di setiap tempat yang ada sign audio : :


: : Contohnya begini. Ada banyak la tempat yang ada sign audio ni. Idok ler saya snap gambar kat semua tempat : :

Cuaca cerah elok cantik. Tapi sejuk! Angin kuat! Ye la, tepi laut kan.
Lyn la paling kental. Dia pakai selapis je kot baju lengan panjang biasa.
Saya at least 2 lapis la jugak.



: : Saya berjalan berdua dengan Lyn. Depa bertiga dah lepas ke atas dah : :


: : View cantik sangat : :


: : Tengok tudung saya terbang-terbang.  Kena jalan belakang tu nak pergi tengok laut dekat-dekat : :

Yang paling menarik kan, di sini merupakan pertembungan 2 Lautan!
Iaitu Indian Ocean dan Southern Oceans.
Boleh nampak dari gelombang ombak di tepi pantai.
Kagum!!


: : Memang kat Perth ni setiap tempat tarikan pelancong akan ada mesin beli Souvenir Coins ni : :


: : Bye Bye & Thank You Cape Leeuwin! : :


: : Selepas sejam, kami meneruskan perjalanan. Tengok tingginya jalan kat atas tu : :

Kami stop kejap nak isi minyak.
Lepas tu singgah masuk dalam satu mall ni sebab nak gi toilet.
Nampak Coles dari luar, teruja kejap saya!
Saya ni peminat program My Kitchen Rules.
Coles sponsor barang-barang untuk depa masak.
Tu yang terexcited sebab nampak Coles ni hehehe.


: : Dalam kereta melapar. Kunyah epal la buat alas perut. Sweater saya tu ala-ala jubah Kokping kan? Hiks : :

2 thoughts on “Perth : Cape Leeuwin Lighthouse

Comments are closed.