Perth : Augusta Escape – Self Contained Accomodation

Jalan nak ke Augusta Escape punya la gelap gelita haaa.
Nasib baik la Kak Tina memang pemandu yang profesional.
Saya kat belakang memang dah membuta dah.
Aterr.. apa lagi nak dibuatnya. Tido je la huhu.
Rasanya Dee dengan Amy berjaga kot temankan Kak Tina drive.
Sesat sekejap sebab gelap tapi alhamdulillah jumpa jugak.


: : Kami sampai dalam 7.15 malam, nampak notis ni : :


: : Dapat surat cinta dari owner : :

Keluar dari kereta je mak aiiii punya la sejukkkk.
Dari masa sampai saya still boleh bertahan lagi setakat pakai jaket jeans tu.
Tapi waktu nak punggah beg masa ni, sejukkkk berlaga laga gigi.
Meremang remang badan menahan sejuk haa.
Cecepat masuk dalam rumah.

Rumah ni ada 2 bilik.
Saya sebilik dengan Lyn.
Kak Tina, Amy & Dee sebilik.


: : Bilik saya dan Lyn : :


: : Bilik depa 3 : :


: : Tilam empuk. Dah la sejuk. Memang lena diulit intan laa : :


: : Towel dan sabun disediakan : :


: : Ruang depan : :


: : Dapur dan meja makan : :


: : Dapur masak, peti ais dan microwave pun ada : :


: : Complimentary susu. Tapi kitorang tak ambik pun : :

: : Malam tu makan maggie dengan teh o : :

laluan1

Perjalanan kami hari ini boleh refer map kat atas.
Perth International Airport Terminal 1 —> Hammond Park —> Lake Clifton Thrombolites –> Busselton Jetty –> Augusta.
Jumlah masa perjalanan sahaja melebihi 4 jam. Tak masuk dengan sesat barat lagi.
Fuh!

Good night Perth!

Keesokan harinya, bangun awal jugak la sebab hari ni pun perjalanan panjang jugak.
Breakfast Chilli Beef & Cheese Pie by Mrs Mac yang Ima suggest dan tolong belikan.
Siap ujung-ujung tu dia kata dia belanja. Aduh baiknya dia.


: :  Macam-macam peel. Saya dah kenapa macam nak katok kepala Amy guna kayu GoPro tu? Adoi : :

Dah siap load barang dalam kereta, dan semua pun dah ready, singgah la ke office untuk settlekan payment.
Untuk 1 malam stay kat sini, kami bayar AUD200. Dalam RM642.
Bahagi 5 orang, seorang kena bayar dalam RM129.

: : Myra yang ramah tamah : :


: : Signboard Augusta Escape : :