Perth : Baileys Serviced Apartment

Dah kenyang perut suka hati, kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan kami untuk malam ini dan malam seterusnya.
Sebelum tu saya nak story ni.
Masa dalam kereta kan, Lyn dah melakukan satu perbuatan tau.
Perbuatan yang membuatkan semua orang terkesima 1 saat lepas tu semua gelak terbahak bahak.
Saya gelak sampai kejung perut keluar air mata.

Serius tak sangka Lyn peel camtu.
Tapi peel ia yang begitu la buatkan saya nak ajak dia travel lagi!
Tak boleh reveal apakah perbuatan beliau tu. Mau kena caruts nanti.
You memang world ah Lyn!

Dari Fremantle ke Baileys Service Apartment dalam 40 minit camtu.
Plus minus sesat dan kesesakan jalanraya.
Kena collect kunci kat Baileys Motel dulu, pastu baru check in kat apartment.
Dalam 5 minit camtu la kalau jalan kaki.


: : Terpesona dengar mamat ni bercakap. Aterr slang Australia kata kau : :


: : Gigih snap dalam gelap gelita : :

: : Bukak pintu utama. Ada 2 pintu lagi. Makna kalau nak share dengan orang lain 1 unit ni pun ok sebab pintu lain-lain : :

: : Jemput masuk : :

Apartment ni ada 2 bilik.
1 bilik katil twin. 1 lagi bilik katil queen.
Extra katil ada kat ruang tamu.
Saya share bilik dengan Lyn.
Dee dengan Amy. Kak Tina yang macho beralah dengan tidur di depan hehe.


: : Ruang tamu dan ruang makan merangkap katil Kak Tina : :


: : Dapur dan ruang tamu dan ruang makan : :


: : Dapur : :


: : Bilik air kat bilik Amy & Dee : :


: : Katil di bilik mereka : :


: : Washing machine dan dryer disediakan : :


: : Bilik air kat bilik saya dan Lyn : :


: : Katil kat bilik saya dan Lyn : :


: : Dalam bilik pun ada fridge, microwave dan TV : :


: : Malam tu Amy buat kira-kira : :


: : Ada dokumentari kisah pengeboman Bali. Dah la ada lakonan semula ni ada pelakon Malaysia. Seram saya nontonnya : :

Untuk 3 malam kami kat sini kami dicaj AUD691.20 bersamaan dengan RM2,225.
Bahagi 5 orang, sorang bayar RM445.
Kedudukan apartment ni kat Bennett Street.
Nak kata dekat dengan area centre tak jugak kot.
Tapi dekat la dengan bus stop. So nak tunggu free bas yang pusing bandar Perth memang ok la.

laluan2
: : Rumusan perjalanan kami hari ini : :

2 thoughts on “Perth : Baileys Serviced Apartment

Comments are closed.