Di Hari Lahir Yaya


: : Eh tetiba gambar handbag kan. Tak tahan lalu ter pre order Basta Bag kat Sometimes hehe. Dapat dapat terus la rasmikan : :

Saya kan tak balik weekend yang birthday Yaya tu, sebab ia ada program sekolah.
Di hari yang sama 16 Oktober tu, ajak Encik Z keluar jalan-jalan.
Macam sedih jugak la kan tak dapat bersama dengan anak di hari lahirnya, tapi what to do….

Pergi Pavilion sebab nak ke Fashionvalet. Pembukaan butik so ada 15% diskaun untuk semua barang.
Masuk-masuk tengok nampak beg Piko Piko Sometimes.
Saya tak berminat pun nak beli tapi tengok ada diskaun tu terus cam gedik nak adoi la.
Cakap dengan Encik Z boleh bawak pegi trip bulan Disember nanti.
Dia mengiakan je laaa.

Lepas tu naik atas pergi butik Duck pulak.
Terrrr pre order Alphabet Scarf dengan Alphabet Bag pulak.
Pastu tengok shawl Duck yang KL tu, terrrr beli jugak.
Tak lupa inner tudung sehelai. Geleng-geleng kepala je la suami I tu hehe.

Pepusing dalam Pavilion sebab Encik Z nak cari cap.
Saya pun nak beli wallet untuk Yaya. Dari tahun lepas cari tak jumpa-jumpanya ha.
Ni beli sekalian la untuk hadiah birthday ia.

Lepas tu singgah Modvier Bangsar sebab nak cari jubah/kurung Jubahsouq.
Malangnya saiz L sudah tidak mampu menampung badanku lagi.
Akhirnya cuma beli Air Ketagih. 3 botol berlainan flavour saya beli.
Rasa? Hmm.. ok ok je la. Takde la ketagih nau pun huhu.

Melapar lalu ajak Encik Z makan.
Dah alang-alang ada kat area Bangsar so decide cari makan dekat-dekat sini je lah.
Google punya google jumpa Killer Gourmet Burgers akak KGB.
Waze dan sampai lah kat area Bangsar Village sana.

: : Iced Tea yang ada daun mint. Dah la besar-besar daunnya. Tercekik I : :

Encik Z order Animal Burger.
Dan saya order Pineapple Chicken Express.
Rasa? Hmmm… so so.. Kalau nak repeat lagi rasanya tak kot.


: : Pelbagai pilihan sos : :

Tengok kat buku menu ada banyak pilihan dessert.
Ada Creme Brulee! My favourite. So order lah. Sib baik yang ni sedap.
Tapi namanya bukan creme brulee. Namanya Crema Catalana.


: : Total yang perlu dibayar : :


: : Boyfriend kita pakai topi baru : :

Destinasi terakhir hari ini. Jakel Mall.
Nak usha baju kat Creacion by Siti Nurhaliza.
Eh eh ada orang tengah shooting la. Tu Zahiril Adzim tuuu..

: : Hasil borongan. Macam biasa dah pakai nanti saya ciwi naaa : :

One thought on “Di Hari Lahir Yaya

Comments are closed.