Blog Maya Dot Com

3A 3B

Sehari sebelum keputusan UPSR diumumkan saya balik Taiping naik ETS.
First time ni naik ETS. Saya balik sorang je sebab Encik Z ada course.
Saja je la balik nak sama-sama ambik keputusan UPSR Yaya.

Esok tu pagi-pagi lagi dah semangat seawal 9.30 pagi dah sampai sekolah.
Tapi dah ada parents lagi awal ha.

Memang boleh cek online kan, tapi saya saja je la taknak cek.
Nak surprise surprise gitu.
Tapi bila Guru Besar bagi ucapan kata takde student yang dapat 6A terus je la saya cek online.
Dah tentu-tentu tak dapat 6A kan, so cek je la online.
Bila tunjuk kat Mama, dia macam terperanjat la huhu.

Cikgu panggil nama student sorang sorang untuk ambil keputusan.
Of coz la masing-masing dah kecewa kot tak dapat straight As, termasuklah Yaya.

Lepas nama dia diumumkan tu saya terus je la tunggu kat luar.
Tak lama nampak dia meluru kat saya nangis. Aduhh..
Faham la memang dia kecewa sangat.
Sejujurnya saya pun ada la rasa ralat terkilan jugak. Mama pun.
Tapi nak buat macam mana kan, tak de rezeki.
Bukan Yaya tak berusaha.

Macam mushkil sikit la dia dapat B untuk BM Penulisan tu.
Bukan nak cakap apa atau nak puji anak ke apa, tapi saya baca karangan-karangan Yaya memang saya kagum laaa.. Pandai dia menulis.
Tokoh Nilam kot! Tapi dapat B BM Penulisan, hmmm…

Dah peluk pujuk-pujuk baru la dia ok sikit.
Lama jugak la dia nangis nya. Tambah kawan-kawan dia ada yang dapat 5A dengan 4A.

: : Guru Besar SK Convent Kota. Madam Juriah : :


: : Salah sorang Cikgu yang baik dengan Yaya : :

Guru Besar dan cikgu cikgu lain very positive.
Diorang pun tahu dan faham dengan sistem KBAT baru ni, tak sama macam UPSR tahun-tahun sudah.
Ada sorang tu macam Ketua PIBG kot, dia pun bagi kata-kata semangat kat students ni semua.
Sebab ramai jugak yang nangis. Kesian pulak saya tengok ha.

: : Satu bunga tu saya bagi, satu lagi Cikgu Yaya bagi : :

: : Muka lepas nangis. Mak dengan anak sama kememeh hehe : :


: : Balik sekolah : :

Tanya Yaya nak makan apa. Dia kata nak Kenny Rogers, so letslah.
Nak makan salad je tapi katanya sayur mayur segala tak sampai lagi.
Sabo je la. Lalu makan sandwich lah saya.


: : Lepas tu belanja Yaya aiskrim Baskin Robbins : :


: : Sampai rumah terus tertidur ha.. Sian anak saya : :


: : Mama masak laksa. Dap dap dappp : :


: : Dengan cendawan kukur masak lemak. Dap kuasa tiga! : :


: : Malam tu jugak saya balik KL naik ETS : :


: : Keputusan Peperiksaan Percubaan UPSR Yaya : :


: : Ujian 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.Tengok la Penulisan BM tu. A kot! : :

Apa-apa pun Mommy tetap bangga dengan Yaya.
Yaya dah buktikan yang terbaik.
Panjang lagi perjalanan hidup awak sayang.
Mommy sentiasa doakan yang baik-baik untuk awak 🙂

    3 thoughts on “3A 3B

    1. diyanadi

      Saya boleh bygkan kak, mesti Yaya frust lagi2 dia memang cemerlang sblm ni kan..its ok Yaya betul kata mommy perjalanan jauh lagi. Jadikan ini pembakar semangat untuk terus cemerlang di masa hadapan. Insyaallah.

    2. AZUERIENA NORASH

      anak kiter pun amek upsr tahun nie…tapi semua mmg pakat nanges laaa….mmg xder yg dpt 6A kat skul dier jugak…mcm2 speku yg keluar…apa pun masih jauh lagi perjalanan anak2 kiter nie…doakan yg terbaek jerk laa kann…