3 Rasa

Minggu selepas birthday Yaya tu saya balik Taiping.
Sabtu dia ada buat performance tarian kat AEON Taiping, sempena Program Jelajah dan Penerangan Dasar-Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dah la shownya pukul 11 pagi.
Saya pulak dari rumah berlengah lengah sebab bangun pun dah lewat, nak iron baju apa bagai.
Sudahnya sampai AEON Mall pecut, tapi tak sempat gak tengok dari awal.

Sebak menengok Yaya menari ha.
Rasa cam haihh besar dah anak aku.
Yaya paling kecik so dia kat tengah dan kat depan.



Nah video yang saya sempat rakam.
Lagu ni memang panjang kan, so dapat la dalam 5 minit jugak.
Encik Z la tak sempat tengok sebab dia pi park kereta.


Lepas show diorang banyak la lagi show lain.
Ada program dari TV3 jugak.
Kitorang tengok kejap lepas tu terus gerak jalan-jalan dalam AEON Mall tu.
Pastu lepak mengopi jap kat Old Town.


: : Sempat Mama selfie dengan pembaca berita Buletin Utama TV3 ni. Apa ke namanya. Mior kot? : :

Malam tu tanya Yaya dia nak dinner kat mana.
Konon makan-makan sempena birthday dia lah.
Dia nak makan ikan 3 rasa. So ke Wan Seafood kita.
Yaya dengan Caca sama je. Suka betul dengan ikan 3 rasa.


: : Masih keliru perbezaan Siakap Tiga Rasa dengan Siakap Masam Manis. Orang tak pandai masak, ginilah.. : :





: : Simple celebration saja. Nanti ada rezeki kita celebrate lagi kat KL ya sayang : :

Sampai rumah baru bagi birthday present kat dia.
Wallet yang nak beli asyik bertangguh tangguh.
Tapi tu  hadiah kecik je. Ada hadiah lain jugak 😀
Baju hitam putih bawah ni dia tengah try sebab konon nak pakai masa birthday kawan sekolah dia, tapi Opahnya tak approve.
Takpe, kita pakai kat KL nanti hihi.

Esoknya pagi-pagi alam dah ada kat Taman Tasik Taiping.
Yaya ada program senamrobik pulak. Busy bebenor anak saya ni ha.
Saya join jugak la kejap menari narinya tapi lepas tu sakit pinggang huhuhu.

Lepas senamrobik tu depa ada aktiviti cat jalan ke apa tah.
Sementara nunggu saya jalan atas batu-batu kecik ni.
Aduii sakittt. Nampak nau banyak penyakit kan.

OK dah selesai aktivitinya jom pegi breakfast!
Breakfast kat area Taman Lake View.
Saya dengan Encik Z pernah breakfast kat sini dulu.
OK la sedap jugak foodnya.