Blog Maya Dot Com

Tq Warda!

Hasin beli sut dari MiniMalace tapi terbesar pulak katanya so dia tanya geng MyGirlFriends ada yang nak beli tak.
Orang selalu terbeli saiz kecik. Si Hasin ni terbeli saiz besar pulak.

So suruh lah Hasin bawak datang office dan menerailah saya dengan Kak Shida kat toilet.
Saya dengan Kak Shida ni boleh tahan membulat badan dedua.
Try punya try. Memang mengetat ah blouse tu walaupun saiz L.
Walaupun menggemuk, tapi kami tetap gembira hehe.

Selain blouse tu, Hasin nak promote jugak instant shawl yang Kak Ada jahit.
Kak Ada ni pun ex MyClear jua.
Tu tudung yang Hasin pakai tu.

Lalu saya pun terjebak jua beli lah sehelai.
Harganya RM25 tapi RM10 akan disalurkan ke Tabung Palestine.
Tu contoh lagi Naza & Hasin pakai.
Tudung ni senang je pakainya. Sarung terus effect flowy, pastu terus pin kiri kanan.
Kot ada siapa berminat nak beli boleh roger-roger saya k?

11 November sepakat nak keluar lunch sesama.
Tapi tetaplah tak cukup korum sebab Kak Ejan tak dapat join.
Ia tak sihat. Sian ia huhu.

Plan kami nak pi makan kat Dolly Dim Sum kat Nu Sentral.
Sampai-sampai tengok q boleh tahan panjang pastu kena tunggu 30 minit.
Tak sempat la kot kan.
So berubah tempat ke Melur & Thyme.
Macam biasalah bab makan-makan ni semua saya je la kena fikir.
“Maya, kau uruskan” Tsk.

Ni kali ke 2 saya makan kat Melur & Thyme.
First time dulu dengan KakTin dan Payiet. Lama gila dah kot.
Bab order, pun macam biasa semua pening-pening.
Dah la kat menu takde gambar.

: : Saya punya atas kiri tu : :


: : Tengah sesedap makan, Kak Ejan whatsapp gambar ni. Alahai.. suka buat kitorang luluh hati tau Kak Ejan ni : :

Lepas makan mengada nak aiskrim Sangkaya pulak.
Naza tak cukup cash, tak pepasal Remember pulak kena bayar hehe.
Tapi katanya takpe, ia belanja. Yey! TQ Remembs!


: : Ni Remember punya. Campur campur flavour : :


: : Saya punya perisa asli tapi meriah toppings! : :

Nak bergambar dalam kereta pun punya la huru hara.
‘Naza.. tak nampak u. U macam dalam gua’
‘Hasin, why u so kurus like nenek tua’

Tengah huru hara tu, aiskrim saya tumpah!
Nasib baik la tak kena kat baju I yang mahal tu.
Tu lelaju bawak keluar towel kecik alaskan tempurung kelapa tu.
Sabooo je la.

Saya memang dah cop awal-awal nak duduk depan bila-bila masa pun.
Depa pun dah paham sangat dan dah pasrah dahhh haha.

Anyway, thank you Naza aka Warda sebab payung kami hari tu.
Semoga kau terus maju jaya dalam jawatan baru ni.
Kami semua sayang kau dan doakan yang baik-baik untuk kau.

Panggilan Warda tu lepas-lepas Suri Hati Mr Pilot tu la.
Naza tak pernah pakai shawl terbang-terbang camtu.
Dia pemakai tudung bawal yang setia.

Lepas pakai tu terus la lekat panggil Warda hehe.