Mesir Day 8 : Selamat Tinggal Mesir

Sampai rumah Ernie terus packing-packing barang.
Lepas tu sempat la lena kejap sebelum Nur Ain Shah kejut “Mommy, mommy bangun.. Ibu panggil makan’
Terus je la masuk bilik air mandi bersiap apa semua dan keluar ke depan.
Tengok Fadzil pun dah sampai dah.
So berdinner lah dulu kami semua.

Ernie buat laksa johor. Sedap sedap sedap.
Kenapa la kawan-kawan haku ni semua terror masak.
Aku je la bebalik masak benda sama je.
Tapi depa bagus. Depa tak pernah judge I walaupun I tak reti masak.
Kau dah kenapa Normaya kejap aku kejap I.

Dah kenyang makan, berfoto lah sebentar.
Siap ada bayang-bayang kat belakang ha.
Nanti 10,20 tahun lagi tengok gambar ni balik mesti senyum sorang-sorang kan.

: : Nur Ain Shah tak ikut pun sampai airport, saja je saya ajak masuk dalam kereta selfie sesama : :

In fact Fadzil sorang je yang hantar saya dengan Encik Z sampai airport.
Salam peluk cium pastu babai babai Fad, Ernie, Ain & Imaan.

Flight pukul 3.40 pagi waktu Mesir.
Dijangka tiba di Abu Dhabi pukul 9 pagi.
Masa ni memang kepala dah ting tong laaa.

: : Beli something kat airport Cairo : :

: : Kasut berkepam. Both kasut saya dan Encik Z ni kitorang nak let go. Kasut saya tu saya nak bagi free je. Saiz 8. Siapa berminat sila contact saya na. Memang la kepam sikit tapi kalau basuh elok tu nanti hihi : :

: : Waiting…. Kemain sejuk dalam ni. Dah la mengantukkkk : :

Flight took off on time. Takde delay ke apa.
Perjalanan selama 4 jam tu saya tak tidur pun.
Layan movie dan layan makan je.


: : Bantal dan selimut tetangga : :


: : Hidangan diserve selepas 2 jam perjalanan : :


: : Semua pun sedap hehe : :

: : Masih separuh perjalanan : :

: : Approaching Abu Dhabi : :

: : Sudah tiba di Abu Dhabi : :


: : Kecik sayup je signboard belakang tu : :

Transit sejam. Saya singgah kat kedai perfume beli perfume.
Konon something from Abu Dhabi lah.
Dapat jejak kaki kat airport pun jadi laa.
Tapi punya la lama menunggu salesgirl nak pergi tukar duit kecik.
Nyaris nak kena tinggal flight huhu.


: : Bertabahlah menyambung perjalanan lagi 7 jam setengah. Kematu punggung! : :


: : Flight penuh : :


: : Flight took off je terus dapat air suam dan kekacang : :


: : Menu : :


: : Sejam lepas makan kacang sampailah main course nya : :

Actually saya nak yang Dory Fillet tu tapi malangnya dah habis.
Tapi yang best nya pramugari Melayu yang bernama Atika tu cakap ‘Ala Puan bukan sedap pun ikan tu. Ayam lagi sedap’
So comel. Taktau la kot dia nak sedapkan hati ke apa.

Dah la masa dia nak serve kopi untuk Encik Z, dia terlanggar sikit cawan tu.
Tetiba terus melatah. ‘Opocot’
Tergelak la kitorang. Dengan dia-dia sekali gelak.

Pastu saya saja la tegur ‘Wah dah jalan-jalan satu dunia, melatah tetap yer’
‘Mana boleh hilang melatah macam tu je Puan. Tetap dibawa. Ada sekali tu saya melatah depan mat salleh, dah semua terlopong tengok saya hehe’

Lepas dah borak-borak tu dia tak panggil saya dengan Encik Z Encik dan Puan dah.
Terus panggil Abang dan Kakak.
Tapi memang lawa budak pramugari tu. Dah la lawa, baik pulak tu.


: : Ayam ni pun takde la sedap mana tapi boleh la. Tak makan kang lapar pulak : :


: : Lepas makan minum Teh Lemon & Lime pulak. Jenama Dilmah : :

: : Layan filem Tamil lagi. Rasanya saya tak tidur kot flight balik ni : :


: : Di Lautan Hindi : :


: : Sebelum mendarat makan lagi : :


: : Menghampiri Phuket. Menandakan kita hampir tiba di KLIA : :


: : Sejam nak sampai memang saya layan lagu-lagu Mariah Carey ni sampai la pilot buat announcement nak mendarat : :

beg
: : Sampai kat KLIA jam 9.45 malam. Memang on time : :

Alhamdulillah beg kitorang kali ni takde terbukak ke apa.
Dari KLIA, naik ERL ke BTS.
Gedebak gedebuk dalam pukul 12.30 malam jugak la sampai rumah.
Sehari 2 memang jetlag la. Membuta membadak je laki bini huhu..

4 thoughts on “Mesir Day 8 : Selamat Tinggal Mesir

  1. seronok nya kak jln2 tmpat org..ntah bila sye nk jejak kn kaki kt sna lak..kak kasut akak tu dh let go ke..klu lum sye nk blh..

Comments are closed.