The Pharaonic Village ni boleh saya katakan macam 1 Stop Centre untuk mengenali Mesir dengan lebih dekat, dengan pantas dan menjimatkan masa.
Tempoh kurang dari 4 jam, pelbagai info tentang Mesir boleh kita ketahui di sini.
Boleh saya katakan macam Perkampungan Mini Malaysia kat Melaka tu.
Idea dan tokeynya adalah seorang penduduk tempatan bernama Dr Ragab.
: : Beli tiket dulu kat kaunter : :
: : Ada 5 program semuanya. Boleh pilih mengikut kesesuaian dan minat kita : :
: : Kami ambil 2nd program : :
: : Ramai jugak pelancong dari Malaysia datang melawat sini : :
: : Tunggu turn nak naik atas bot : :
Kami dibawa naik bot macam kat bawah ni menyusuri sungai.
Nanti sepanjang sungai tu akan ada macam-macam benda dan cerita.
Kat setiap pit stop tu akan ada info la yang dibacakan.
Cerita tentang patung dan kepercayaan, pertanian, sejarah, hasil tani, perburuan, makanan dan macam-macam lagi lah.
Siap ada orang lakonkan semula kat tepi sungai ni.
: : Yang ni siap buat lakonan kisah Nabi Musa lagi. Nabi Musa yang dihanyutkan di tepi sungai : :
Bila sampai je kat daratan seberang, akan ada sorang guide yang akan bawak setiap grup untuk tour kawasan sekeliling.
Grup saya ada 7 orang je pun hehe.
Gambar bawah ni demo tunjuk nyalakan api guna kayu.
Hebak mu.
: : Ni tak silap demo hasil perburuan : :
: : Demo buat roti canai. Errr roti canai la kot. Taktau la kot ada nama lain : :
Poyonyaaa 2 gambar ni kan?
Tapi feeling laaa.. feeling ala-ala nak pergi berperang dulu duluu.
: : Macam seram je perempuan baju biru tu ek : :
: : Kawasan ni memang luas : :
: : Chronology of Ancient Egyptian History : :
: : Budak ni satu grup dengan saya. Susu namanya. Kemain comel : :
: : Tour guide yang gigih memberikan penerangan : :
: : Boleh mintak diorang tuliskan nama kita dalam tulisan Arab kuno. Ada saya beli. Nanti saya share k : :
Sambung Part II yer sebab banyak nau gambaqnya..