Mesir Day 7 : Makam Imam As Syafie

Siapa yang tak kenal dengan Imam As Syafie?

Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Usman bin Syafie bin As-Saib, juga dikenali sebagai Imam Syafii (ejaan lain: Imam Syafie) adalah ahli fiqah Islam yang terkemuka dalam sejarah Islam.
Beliau adalah pengasas kepada mazhab Syafii, salah satu daripada mazhab Islam yang banyak diikuti oleh penganut agama Islam di India, Indonesia dan Malaysia.

Antara nasihat beliau yang sering kita gunakan di masa ini ialah :

“Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu”

“Aku mampu berhujah dgn 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah pada seorang yg jahil kerana dia tak tahu akan landasan ilmu”

Hidup beliau memang diabadikan untuk mengutip ilmu dan berkongsi dengan seluruh umat manusia.
Satu kelompongan kalau ke Mesir tapi tidak berkunjung ke Makam Imam As Syafie ini.

Kawasan ni juga terdapat makam-makam orang penting dalam sejarah Islam tapi sayangnya kawasan ni tak terjaga.
Ada peminta sedekah kat sebelah luar masjid.
Kawasan kotor dan berbau. Sayang sangat sebab kerajaan tak jaga.

: : Pintu nak masuk ke dalam masjid : :


: : Pintu masuk ke dalam ruangan makam : :

Bila melangkah masuk ke dalam kawasan ni, hati saya rasa berdebar-debar.
Kewangian dan kesegaran memenuhi ruang ini.
Salam saya berikan dan terus mendekati makam beliau.
Lain benar rasa dalam hati. Rasa bercampur baur.
Bertuah dan bersyukurnya rasa dapat sampai dekat dengan insan pengasas mazhab Syafie ini.
Terima kasih Allah….





: : Ni bahagian belakang : :

: : Menjenguk ke dalam : :


: : Cahaya hijau di dalam makam : :

Menurut kata penjaga masjid, tiang yang saya sandar ni dipercayai merupakan tiang tempat bersandar Imam Syafie semasa beliau memberi ceramah dan perkongsian ilmu kepada pelajar-pelajarnya.
Rasa bertuah sangat dapat tumpang bersandar kat sini.
Semoga saya juga bisa menjadi seseorang yang bermanfaat menyebar ilmu kepada orang lain.
Amin.

Di sebelah makam ni terdapat satu kotak kaca yang didalamnya dikatakan tapak kaki Nabi Muhammad SAW.
Tapi sejauh kesahihannya wallahualam.
Sebab banyak sangat informasi yang samar-samar.

Saya tinggalkan makam ini dengan 1001 macam rasa.
Entah kenapa terasa-rasa satu perasaan yang sayu di hati.

“Sebesar-besar aib (keburukan) pada diri sesaorang adalah orang yg asyik mencari dan mengata keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri nya sendiri”
– (Imam asSyafie)