Mesir Day 7 : Kirdasa

Seterusnya, kami ke Kirdasa.
Kirdasa ni satu kawasan tempat tinggal yang outskirt sikit dari Kaherah.
Tempat di mana kita boleh dapatkan kain dan pakaian cotton dengan harga murah.

Macam-macam jenis jubah ada ha.
Nak design cemana, warna apa, style apa semua pun ada.
Memang rambang mata la tak tau nak masuk kedai mana.

Tapi being saya yang mana la minat sangat shopping-shopping ni, end up masuk 3 kedai je.
Pilih-pilih tawar lebih kurang, beli terus.

Saya beli dua jubah ni.
Tapi bila balik KL macam ketat pulak rasa jubah ni kat bahagian punggung, so lanting terus kat Mama.
Rezeki Mama la.

Yang warna putih tu kain dia lebih tebal.
Saya pakai masa kat Lombok hari tu.
Boleh korek entry Lombok kalau nak tengok naa.

Masuk kedai Pak Arab ni borong jubah untuk Encik Z, Adil sekeluarga dan Kaklong sekeluarga.
Masa ni Pak Arab dah nak tutup kedai pi solat, tapi nampak kitorang, gigih dia patah balik bukak kedai.Pastu kemain nakal dok usik-usik saya cakap Bahasa Arab.
Mementanglah Fadzil dengan Encik Z pun faham, kemainnnn memasing mengata saya.


: : Ni kedai lain. Borong jubah Yaya kat sini : :

Masa nampak bangunan bawah ni saya tanya la pada Fadzil, kenapanya jadi lagu tu?
“Kena bom ni kak. Ni dulu balai polis”
Masa huru hara perang baru-baru ni memang teruk sangat kesannya pada penduduk setempat huhu.


: : Kuda pakai niqab hehe. Dalam tu ada jerami makanan kuda. Senang tuan kuda buat camtu terus : :

Masa jalan ni kan saya rasa macam merisau jugak la.
Sebab Kirdasa ni bukan kawasan town.
So taktau ada samseng kampung dusun ke, ada penjahat wanita ke.
Tanya jugak la kat Fadzil, depa memang tak kacau eh pelancong?
Fadzil kata insya Allah depa tak kacau.
Walaupun pergerakan depa laju pin pin pon pon bunyi hon, tapi insya Allah depa tak kacau.
Tapi my advice, untuk keselamatan lebih jitu, kalau nak gi kawasan ni, better la dengan orang kita yang pandai cakap Arab dan tau selok belok jalan.

Fadzil ajak try lagi makanan Mesir.
Seronok je saya ni try makan macam-macam.
Kalau pegi dengan travel agency mesti tak merasa nak try street food camni.


: : Ramah mesra tokey kedai ni : :


: : Saya suka betul jeruk-jeruk sayur depa. Sedap! : :


: : Singgah minum air tebu sat : :


: : Macam-macam jenis buah ada. Siap divariasikan lagiĀ  : :


: : Kirdasa saya tinggalkan dengan senyuman yang penuh pengertian. Terima kasih Kirdasa! : :