Mesir Day 6 : Egyptian Museum

Pagi ni kami breakfast seperti di bawah.
Maaf nama hidangan ni semua saya tak ingat dah huhu.
Ni Ernie call delivery je. Sekejapan dah sampai depan rumah.
Seperti kebiasaannya semua pun sedap saya ngap kan aje.

img_1085: : Budak comel yang ceria nak pegi jalan-jalan : :


: : Hari ni kami nak ke The Egyptian Museum : :


: : Sebelum masuk dalam, bergambar dulu kat luar. Nampak tak patung ala-ala Firaun kat belakang tu : :


: : Kemain memasing : :


: : Bayaran masuk : :

Muzium Antikuiti Mesir, yang dikenali umum sebagai Egyptian Museum atau Muzium Kaherah, adalah rumah kepada koleksi barangan antik Mesir purba.
Ia mempunyai 120,000 barangan.
Bangunan ini merupakan salah satu muzium yang terbesar di rantau ini.

Masuk-masuk je terus terasa macam jadi Lara Croft.
Terasa macam dalam filem The Mummy pun ada. National Treasure pun yer. Hiks.
Egytpian Museum ni memang tempat yang paling tepat sekali untuk kita tau sejarah dan peradaban negara Mesir.
Memang wajib wajib wajib korang datang ke sini.

img_1068

: : Mumia yang seram. Eh tapi ada ke mumia yang tak seram kan : :

: : Bukan takat manusia je diawet, binatang pun sama huhu : :


: : Tulisan kuno purba. Tak ke sebijik macam filem-filem Lara Croft??? : :

Dalam muzium ni ada satu seksyen yang ada tersimpan mumia Firaun dan sanak sedara serta kawan-kawan rapatnya.
Kalau nak masuk kena bayar lain.
Teruja la kan nak tengok. Tapi malangnya kat dalam ni tak boleh snap gambar huhu.


: : Kena bayar lain kalau nak tengok mumia Firaun : :

Actually Encik Z ada nak try snap gambar curi-curi tapi kena sound kau.
Siap penjaga tu nak cek GoPro kitorang tau. Tak sukaa..
Tapi memang seram ahhh tengok Mumia tu semua huhu.

: : Lepas tu pegi makan kat Restoran Cina Muslim. Macam lawak je makan makanan Cina kat negara Mesir. Lagi rasa lawak sebab tokey dengan pekerjanya Cina, tapi cakap Arab hehe : :


: : Ni food yang kitorang makan. Semua pun sedap baqhanggg : :