Mesir Day 6: Citadel of Salah Al-Din

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Citadel of Saladin.
The Saladin Citadel of Cairo adalah benteng Islam zaman pertengahan di Kaherah, Mesir.
Lokasinya adalah di Mokattam, iaitu sebuah bukit berhampiran pusat bandar Kaherah.
Terkenal dengan hembusan angin segar dan dapat melihat seluruh pemandangan bandar, ia kini merupakan tapak bersejarah yang terpelihara.

Dibina oleh Saladin El Ayouby, raja yang terkenal dan pemimpin tentera dan pengasas Dinasti Ayyubid, semasa akhir abad ke-12, Citadel telah menyaksikan banyak peristiwa penting dalam sejarah Mesir.

Citadel ini digunakan sebagai tempat raja dan kerajaan di Mesir untuk beberapa abad dan banyak dinasti termasuk Ayyub, Mamluk, dan juga beberapa Uthmaniyyah yang memerintah Mesir.
Salah El Din Citadel ini dibina untuk pertahanan dan perlindungan dari tentera Salib 573 H dan juga menjadi pusat utama kerajaan Salah El Din.

Gitulah serba sedikit sejarah Citadel of Saladin ini.
Kami sampai dah lewat sebenarnya. Dalam sejam lagi tempat ni nak tutup dah.
Terpaksa la jalan lelaju huhu.


: : Dah la kena mendaki bukit tskk : :


: : Bayaran masuk dan waktu operasi : :


: : Beli tiket dulu : :


: : Tiket : :



: :Kena menapak nun jauh ke belakang sana : :


: : Dalam ni ada The National Military Museum. Tapi tak sempat nak masuk huhu : :


: : Belakang tu Masjid. Lawa! : :


: : Belakang tu Mokattam Hill : :


: : Dapat tengok bandar Kaherah dari atas :  :


: : Matahari mula terbenam : :


: : Bandar Kaherah. Siapa sangka saya dan suami dapat menjejakkan kaki ke sini? : :


: : Senibina ukiran masjid : :


: : Pokok diukir tulisan Allah : :

Sekeping gambar sebelum melangkah pulang.
GoPro ni kadang-kadang buat perangai.
Tengok la gambar bawah ni jadi pelik bergarisan pulak.