Mesir Day 5 : Terima Kasih Alexandria!

Ernie ada pesan nanti jangan lupa try aiskrim sedap kat Alexandria.
Tapi tidaklah pulak dia bagi description cemana ke rupa paras aiskrim tu.
Si Fadzil pulak taktau. So bila nampak je orang jual aiskrim terus je la saya beli.
End up bila balik rumah, Ernie kata ‘Normaya!! Bukan aiskrim ni laaa. Aiskrim lainn!’
Ceh. Mana la cheq nak tau. Hampa tak habaq betui-betui pun. Pfftt..
Tapi tak kisah lah. Sedap je pun aiskrim ni hehe.


: : Rasa dia macam Tuti Frutti : :


: : Proton Saga kat Mesir! : :

Bawah ni Mahkamah Tinggi Alexandria.
Saja la saya snap gambar. Pastu Fadzil sound ‘Akakkk jangan ambik gambo!’
‘Hah, awatnya?’
‘Bahayaaa kak. Nanti depa nampak depa kejar’

Pengsan.
Laju-laju sembunyikan handphone huhu.


: : Macam seram kan bangunan mahkamah ni? : :

: : Senja di Alexandria : :


: : Istana Raja Farouk : :

Istana Raja Farouk terletak di dalam satu kawasan taman yang amatlahhhh besar dan luasnya.
Taman tersebut ialah Taman Montaza.
Serius memang luas sungguh taman ni.
Nak jogging ke, nak main basikal ke, nak dating ke, nak picnic ke, semua pun boleh.

Saya tak snap langsung gambar dalam taman ni sebabnya masa ni dah hampir gelap dah.
Kitorang pun turun just nak bergambar kat depan istana ni je.
Orang pun tak ramai, macam sunyi sikit laa huhu.

Siapa ke pulak Raja Farouk ni?
Beliau merupakan seorang Raja yang mewarisi tampuk pemerintahan dari bapanya Raja Fuad pada tahun 1936.

Semasa remaja beliau hidup mewah. Walaupun mempunyai beribu-ribu ekar tanah, berdozen-dozen istana, dan beratus-ratus kereta, beliau tidak pernah merasa puas dengan kekayaannya. Malah, beliau sering melancong ke Eropah untuk membeli-belah.

Semasa Perang Dunia II, beliau dikritik kerana gaya hidup yang mewah.
Ketikan pengeboman tentera Itali-Jerman, beliau telah menyalakan kesemua lampu istananya tetapi rakyat pulak diperintahkan untuk memadamkan kesemua lampu.
Dengan tindakannya itu telah menyebabkan semua rakyat jelata membenci beliau.

Apabila semakin berusia, Raja Farouk mula mencuri barangan ketika membuat lawatan rasmi ke luar negara.  Raja Farouk juga merupakan penyeluk saku yang handal dan turut mencuri daripada rakyat biasa sehingga dia digelar “Pencuri Cairo”. Ini merupakan salah satu penyebab rampasan kuasa tentera 1952.

Disebabkan oleh tuduhan salahguna kuasa dan kekalahan Mesir ketika Perang Arab-Israel pada tahun 1948, Raja Farouk telah digulingkan dalam satu rampasan kuasa ketenteraan. Perang ini menyebabkan 78 tanah Palestin telah dirampas oleh Israel dan negara Israel telah ditubuhkan.
Ooo gitu ke asalnya wujud negara Israel ni? Hmmm..

Raja Farouk terpaksa turun takhta dan disingkirkan ke Monaco,  dan disitulah beliau tinggal sepanjang hidupnya.
Walaupun dah dibuang negara, beliau tetap dengan cara hidup yang mewah dan terus dengan ketagihan untuk mengumpul harta benda. Kecenderungannya akan makanan lazat menyebabkan Raja Farouk menjadi gemuk dengan berat mencecah 136 kg.

Pada 3 Mac 1965, beliau rebah di meja makan di sebuah restoran Itali selepas makan dengan banyaknya. Raja Farouk 1 meninggal pada 18 Mac 1965.
Ada dakwaan baginda telah diracun tetapi tiada bedah siasat dilakukan ketika itu.
Pepelik je kan dia ni. Mati sebab makan banyak. Sadis.

Haa panjang lebar gitu saya share kan kisah Raja Farok ni ha.
Bila tau sejarah dengan tempat, baru rasa synch dan feeling tu lagi mencengkam.
Dari melawat buta-buta kan. Itu saya laaa..


: : Ingat nak lepak atas jambatan ni layan view, tapi dah tutup pintu nya sebab dah lebih pukul 6 kot tak silap. Takpelah, takde rezeki : :


: : Dalam perjalanan balik ke Kaherah, singgah kat Dina Farms. Sini tempat yang famous la nak beli susu dan jus : :


: : Ni saya beli. Jus peach : :


: : Ni pun saya beli. Pomegranate : :


: : Target utama ialah susu kurma! Yang belah atas tu susu kurma. Yang bawah tu susu lembu biasa : :

Fadzil dengan Ernie la ni dok kata sedap sedap.
Fadzil kata rasanya macam cendoi aka cendol.
Dia orang utara tu sebut cendoi tu hehe.
Terus lah saya up 3 botol. Tapi tau la susu kan, bukan boleh simpan lama.
So memang saya dok tegukkk je la manjang.
Sedap baq hang! Manis lemak dan memang rasa cendoi hehe.
Tapi harga jangan tanya. Semua pun lupaaaaa..

Mengharung lagi 3 jam setengah nak balik ke Kaherah.
Saya ni memang dah tertidur terbuai mimpi dah dalam kereta.
Encik Z kata jalan sesak sesungguh huhu.


: : Fadzil bawak kami dinner kat Restoran Ya Halla : :


: : Macam biasa, tulisan Arab daaa.. So urusan order mengorder diserahkan pada yang pakar : :


: : Kecik comel je restoran ni. Waiter pun sorang ni je ha : :


: : Inilah hidangan kami malam itu. Satu pinggan tu bapak hoihh besarnya. Saya share dengan Encik Z. Saya makan suku je kot. Tapi si Fadzil tu satu pinggan licin dia kerjakan sorang. Urut dada kakak ostajah tengok tau : :



: : Perasa : :


: : Air pulak minum Air Limau Nipis yang diblend sekali dengan kulit dan biji. Masam! Tapi Fadzil kata bagus untuk potong balik rasa daging yang melambak tadi : :


: : Sampai rumah, mandi dan terus tidooo. Tak sempat nak nyembang apa dengan Ernie. Letih! : :

Satu hari yang meletihkan tapi penuh dengan informasi yang saya dapat.
Terima kasih Alexandria!