Hari ni kami akan ke luar dari Kaherah.
Kami akan ke Alexandria atau Iskandariah.
Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 3 jam dengan jarak 220km.
Boleh tahan kan?
Alexandria atau Iskandariah merupakan bandar raya kedua terbesar di negara Mesir, selepas Kaherah.
Bandar ini dinamakan bersempena dengan nama pengasasnya, iaitu Alexander the Great, dan menjadi ibu kota Mesir Hellenistik, dan berkembang menjadi antara kota yang terbesar di Barat.
Namun, selepas penubuhan kota Kaherah oleh kerajaan Islam Zaman Pertengahan, bandar ini telah merosot sehingga menjadi perkampungan nelayan semasa zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah.
Kini, Iskandariah merupakan pelabuhan utama Mesir, dan pusat kawasan industri dan penghasilan tekstil, makanan diproses, kertas, plastik dan stirofom serta penapisan petroleum dan asfalt.
: : R & R : :
Masa dalam perjalanan kan, kitorang nampak accident.
Actually berkaitan dengan kitorang jugak la sebab ceritanya ada satu kenderaan motosikal yang ada tempat duduk macam jual sayur tu kan, dia laju cemana tah nak cross seberang.
Pastu ada satu lagi motor lalu jugak. Diorang macam bertembung tepi.
Kereta kitorang kat depan. So Fadzil tekan brake pastu memasing macam tak boleh kontrol gamaknya terus tergolek.
Fadzil stop kejap je pandang belakang, pastu terus dia gerak.
Saboo je la akak kau ni ha. Katanya pandai-pandai la tu depa settle. Ish ish ish.
: : Sculpture of Innocence. Terletak diseberang jalan berhampiran Perpustakaan Alexandria : :
Sebenarnya dari dalam kereta lagi saya dah rasa pening meloya nak muntah segala.
Gamak sebab perjalanan jauh sangat. Saya pun tak makan lagi, cuma alas biskut je kat rumah tadi.
Fadzil terus menuju ke MARA Student Residen, Embassy of Malaysia in Arab Republic of Egypt.
Saya gi toilet semua, terus terbelahak muntah haaa.
Kesian kat Fadzil berpusing pusing cari parking takde, so dia drop kitorang dulu.
Dia tunggu dalam kereta, tapi katanya lepas gi toilet terus pegi makan lah.
Kang perut kosong lagi bertambah pening.
: : Pintu masuk : :
Lepas muntah terbelahak tu pusing-pusing dalam kawasan tu kejap.
Sesuka hati je kan masuk tempat orang he he he.
Dalam library sempat berkenalan dengan 2 orang student Malaysia yang study kat sini.
Tak ingat saya dorang ambik course apa. Tapi tengok la buku kemain tebalnya.
Sorang nama Nurul. Yang dalam gambar ni nama Saiful.
Sejuk perut tengok memasing haa.
Akak doakan korang maju jaya dalam pelajaran ya.
: : Lunch dekat Kafe Seri Putra. Memang tempat makan students ni semua. Terpaksa la saya pun feeling feeling student hehe : :
Lauk ok la boleh tahan banyak jugak.
Dan rasa pun sedap.
Hidup di perantauan tak boleh memilih makan tau.
Apa yang ada syukur alhamdulillah.
Korang kalau sampai ke Alexandria, Mesir boleh je singgah kat sini.
Bagi salam, pastu masuk je makan. Tapi lepas makan jangan tak bayar pulak.
Sini bukan makan free tau. Walaupun untuk student, tetap kena bayar k.
: : Muka gembira dapat makan : :
: : Teh O Ais! : :
: : Fadzil pun dah tunggu lama tu. Ayuhlah kita gerak untuk ke destinasi pertama di Alexandria ini : :