Mesir Day 5 : Makam Nabi Danial & Makam Lukman al-Hakim

Seterusnya, kami ke El Nabi Daniel Mosque.
Jaraknya cuma dalam 1 km je so kami pepelan jalan kaki.
Masa jalan tu kan, lalu ada satu tempat tu, tah mungkin macam bangunan kerajaan kot.
Atas tu ada askar-askar tengah berkawal pegang senapang.
Mula ingat nak snap gambar pastu nampak ada sign ‘No Photo’
Lepas tu ada pulak sign ‘senapang’. Aaaa takottt.

Dalam masjid ni terdapatnya Makam Nabi Daniel & Makam Lukman al-Hakim.
Siapakah Nabi Daniel?
Jarang kita dengar tentang Nabi Daniel kan?
Para ahli sejarah mengatakan, beliau adalah seorang Nabi yang pernah hidup dan meninggal di Mesir.  Nabi Daniel ‘Alaihissalam termasuk di antara keturunan Nabi Daud as.
Seorang Nabi yang dulu diutus oleh Allah kepada Bani Israil.

Rasul yang kita ketahui dan disebut ialah 25 orang.
Tapi ada juga yang tidak disebut seperti mana Allah berfirman yang artinya : Dan (Kami telah mengutus) Rasul-Rasul yang telah Kami ceritakan tentang mereka kepadamu, dan Rasul-Rasul yang tidak Kami ceritakan tentang mereka kepadamu.” (Q.S An-Nisa : 164)

Nabi Daniel merupakan seorang yang boleh mentafsir mimpi.
Pernah menjadi tawanan kepada Bakhtashir seorang raja yang sangat kejam, namun dilepaskan kerana kelebihannya yang boleh mentafsir mimpi.
Namun begitu Bakhtashir pernah cuba membunuh Nabi Daniel namun gagal, malahan Bakhtashir pula dibunuh oleh pengawalnya sendiri.

Ada yang mengatakan makam Nabi Daniel di Alexandria ni bukan yang asli.
Ada 8 versi tentang makam Nabi Daniel dan versi yang paling sahih katanya ialah di Susa, Iran.
Wallahualam.

IMG_0937
: : Pintu masuk ke El Nabi Daniel Mosque : :

IMG_0934
: : Pintu untuk masuk ke dalam makam memang bertutup. Nanti penjaga masjid yang akan buka kan : :

IMG_0936
: : Kat sini bukak kasut kena susun berbaring macam ni supaya kekotoran tak jatuh ke karpet : :

IMG_0928
: : Ruangan solat wanita. Telekung tiada ya. Diorang solat dengan pakaian yang siap sedia dipakai e.g jubah & tudung labuh : :

IMG_0929
: : Ruangan solat lelaki : :

IMG_0933
: : Laluan tangga turun ke makam : :

IMG_0930
: : Makam yang dipercayai Makam Nabi Daniel : :

IMG_1518

Di sebelah Makam Nabi Daniel ini pula ialah Makam Luqmanul Hakim.
Korang tau kan Luqmanul Hakim?

Luqman merupakan seorang lelaki yang dikurniakan oleh Allah SWT ilmu agama dan kebaikan di dalam segala tindakan dan ucapan beliau,  sehingga ia termasuk seseorang yang mendapat keutamaan di dalam Al Quran. Bahkan namanya di abadikan sebagai nama salah satu surah di dalam Al-Quran.

Para Mujahid berkata “Luqman adalah seorang budak hitam dari habasyah, tebal kedua bibirnya dan lebar kedua telapak kakinya”.

Pada suatu hari ketika beliau sedang duduk di sebuah majlis ilmu dan memberikan ceramah kepada orang ramai, datanglah seorang lelaki menemuinya dan bertanya “Bukankah engkau yang tadi menggembala kambing di tempat ini?”

Luqman menjawab, “Benar”. Lalu lelaki itu bertanya, “Lalu apa yang menghantarkanmu sampai pada kedudukan terhormat seperti saat ini?” Luqman menjawab, “Benar dalam berbicara dan diam terhadap hal-hal yang bukan menjadi urusanku”

IMG_0931

Terdapat begitu banyak nasihat dari Luqman Al Hakim kepada anaknya yang menjadi panduan dan pegangan hidup kita sekarang.
Yang paling banyak dikongsi ialah :

Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam

Ingatlah dua perkara iaitu Allah SWT dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain

Yang paling saya suka Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.”
Sebab terasa-rasa terkena kat diri sendiri.

Lepas ni kena lebih cuba lagi untuk berdiam diri dan kurangkan bercakap, insya Allah.
Kita cuba sama-sama ya kawan-kawan…

IMG_0939

IMG_0943
: : Perjalanan diteruskan ke Citadel of Qaitbay. Sudah nampak kelibat nya di depan sana… : :

“Wahai anakku! Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.” – Luqmanul Hakim