: : Mall of Arabia! : :
Mall of Arabia merupakan shopping mall yang terkenal di Mesir.
Dan juga merupakan yang ke 27 terbesar di dunia.
: : Dropkan Nur Ain Shah kat tempat mainan ini : :
Dan kami pepusing jalan dalam Mall of Arabia.
Keluar masuk kedai tapi membelinya takde la pun sangat.
: : More kiss more love katanya. Tapi ingat, kiss suami kita aje : :
: : Saya beli sports bra kat Cottonil Vega ni. Encik Z beli tshirt putih. Ernie kata kualiti cotton Mesir adalah terbaik. Baiklah! : :
Lepas tu Ernie belanja popcorn Kukuruza.
Katanya sedap setanding popcorn Garret.
Flavour banyak sampai keliru nak memilihnya.
Saya ambil Fancy Nut Caramel. Sedap!
: : Makan popcorn sambil bergossipan : :
: : Di Ambang 2016 : :
: : Lepas tu gi makan kat foodcourt : :
: : Ernie sebagai consultant tengah explain food ni semua : :
: : Saya beli food kat sini. Shakra to Go : :
: : Roti dan daging bergabung meletup : :
: : Saya cuba hidangan ni. Namanya Om Ali with Nuts. Rasa macam puding roti : :
: : Encik Z gi tapau kat KFC. Datang jauh-jauh kau makan KFC je bang?. Nasi Mesir ni rasa dia lain macam sikit : :
: : Beli air tebu kat Aseba : :
: : Macam-macam jenis air tebu ada. Kau nak campur strawberry, nak campur mangga, nak campur betik semua pun bolehhh. Saya campur limau nipis je la : :
: : Air tebu limau nipis : :
: : Fad, Ernie, Mya, Z : :
Lepas makan gi ambik Nur Ain Shah kat tempat mainan tu tadi.
‘Mommy, mommy, ambik gambar Ain’
: : Keluar masuk kena scan. Sama macam kat Manila dulu : :
Sebelum balik saya gi toilet.
Tengah beratur tu kan, bila pintu toilet depan bukak, setiba tiba sorang minah Arab ni terus je melulu masuk.
Tergamam sebentar. Macam tu je dia caras q?
Ernie masuk. ‘Normaya, kau tak payah nak q sangat. Nampak je pintu toilet bukak masuk je. Orang Arab ni bukan reti beratur’
Pengsan. *campakbukuPendidikanMoralkatdiorang
Aduyaiiii…macam tu pun bleh..ingat diorang teratur cara hisup kat sana…apapun anak dara ernie tu comel