From Mesir With Love

Saja nak share apa yang saya beli kat Mesir sana.
Kat Mesir kan memang terkenal dengan jus segar.
Tapi ada jugak yang dah dipack komersialkan dan salah satunya jenama Juhayna ni.
Saya beli perisa mango satu kotak besar tu.

Dia punya pekat tu I tell you.. boleh buat satu jug besar air mangga!
Siap letak ais semua pun still rasa manis pekat likat!
Kira satu kotak kecik ni boleh minum 4,5 orang lah.
Menyesal tak beli 2 kotak besar haha.

Fridge magnet ni beli kat El Khalili.
Tapi pastu baru perasan saya ada jugak beli fridge magnet kat Alexandria.
Korek-korek cari gambar pun takde, cari fridge magnetnya pun tah dah ghaib ke mana.
Rasa macam ada dah bagi kat orang kot.
Takpelah, abaikan je.

Cottonil ni beli kat Arab Mall.
Saya beli sports bra. Encik Z beli tshirt.
Kan ada saya cerita cotton Mesir ni antara cotton yang terbaik kan.

Tshirts ni semua beli kat El Khalili.
Matikla tak perasan tshirt Aisya tu gambar Firaun.
Sib baik Abang Long dengan Kaklong tak kisah.
Belasah je bagi dak kecik tu pakai.
Ni semua baju anak-anak. Saya tak beli tshirt sana pun.

Jubah bawah ni semua pun beli kat El Khalili.
Saya punya yang warna maroon tu.
Yang lagi 2 Yaya punya.

Yang ni pun beli kat The Pharaonic Village.
Kiri tu cawan tanah liat bertulisan Y untuk Yaya.
Kanan tu tempat letak lilin ada diukir nama saya, Maya dalam tulisan jawi.
Nampak tak?
Tapi saiyangggggnya tempat lilin ni dah pecah.
Encik Z pecahkan masa mop lantai. Sedihhhhh sob sob sob…

Yang ni buat kat Pharaonic Village tu.
Tulisan nama saya dan Encik Z dalam bahasa Arab kuno.
Yang pasti burung tu ialah huruf A. Hehe.

Yang gambar ni saja la beli buat kenangan.
Nak print sendiri tah bila nya kan.

Yang ni ntah apa motip beli ntah. Sebab murah kot?
Saja beli bagi kat Yaya. Tapi lupa pulak nak follow up dia buat apa dengan benda alah ni.

Greentea Classic bagi pada Kak Aida.
Lemon Tea tu saya punya. Sedappp sangat.
Dah habis dah pun.Ernie, kirimmmmm…
Fruity peach tu beli on the way balik ke Kaherah dari Iskandariah.
Kedai sama beli susu kurma tu.

Kopi ni semua beli kat Shaheen.
Yang Kopi O tu bagi kat Adil & Abang Long.
Cappucino pelbagai perisa tu saya bedal.
Macam pekat juagk la cappucino depa.

Jubah yang belah kiri tu Yana punya.
Yang belah kanan Adil dengan Maamar punya.
Beli kat Kirdasa.

Jubah ni untuk Kaklong dan anak-anaknya.
Ralat sebab saya lupa nak beli sepasang untuk saya dengan Yaya.
Huwaaaa..
Ernie, kirim plissssss…

Coklat ni beli kat airport Cairo sebab nak habiskan sisa-sisa duit kecik EGP.
Sempat la bawak balik sampai Malaysia.

Perfume ni saya beli kat airport Abu Dhabi.
Nak kata murah tu takde la murah mana pun, tapi konon saja nak beli something dari Abu Dhabi.
Dah tinggal suku pun saya bedal perfume ni.
Nampak nau lambat update sampai perfume pun dah nak habis kann.

Last but not least, ni biji Habbatus Sauda, Ernie bagi.
Saya campur dalam air minum dengan honey lemon.

Takdela banyak nau pun saya shopping kan?
Saya bukan kaki shopping maaa..

3 thoughts on “From Mesir With Love

  1. banyak le ni sis.. kalau saye, beli FM je kot? hahaha! tapi takpelah, byk yg akak beli tu utk bg2 orang. banyak pahala yu sistur, insyaallaaaaaaah *raup muka*

Comments are closed.