Blog Maya Dot Com

Decathlon & The Macs

Selagi tak lengkap barang-barang rumah selagi tu la dok hunting sana sini.
Ye la, takkan nak main tangkap muat je beli kan, benda bukan murah-murah.
So ni kejadian di salah satu weekend baru-baru yang tak berapa baru sangat la.

Saya kena kerja overtime. Lepas kerja terus ambik Encik Z kat rumah dan terus menuju ke SSF kat Damansara sana.
Tengok barang-barang ni kat Taiping Mall hari tu, terus cam tersuka.
Tu yang sesaja nak tengok cuci cuci mata.

Ada la sofa yang macam berkenan tapi tak berkenan 100% di hati sangat.
So decide nak hold dulu lah.
Lagipun sofa takde takpe. Duduk je kat bawah hehe.

Berdekatan dengan SSF ialah Decathlon.
So menyinggah la kejap dah alang-alang lalu kan.
Saya tau pasal Decathlon ni sebab beli beg comel dari June.
June dah jadi bussinesswomen meniaga beg ni.
Siapa nak beli beg Arpenaz 10L Decathlon boleh DM June kat IG @june_fahmi .

Boleh tahan memurah jugak ek barang kat sini.
Terjebak jugak la kami beli barang-barang untuk travel bulan Disember nanti.
Seperti Neck Warmer ini.

Dekat Maghrib jugak la habis shoppingnya.
Melapar lalu decide nak makan kat The Macs, Subang Jaya.
Gigih la kan drive dari Damansara pergi Subang Jaya.
Tau pasal The Macs ni sebab nonton Carta 10 kat Astro hari tu.

Dia gerai biasa tepi jalan je pun.
Macam gerai burger tu.
Selection food pun limited dan berkisar tentang Macaroni, Cheese dan Spaghetti sajork.
Kemain tamak dedua laki bini order Mac Me Cheese You.
Fully loaded Beef Bacon Mac and Cheese Topped with Chips.

Ada gerai air mangga kat sebelah.
So order air mangga je sudah.
Nak yang biasa boleh, nak yang blended pun boleh.

: : Sedap tu sedap tapi makan banyak macam muak sikit la : :

Repeat? Boleh, tapi bukan dalam masa terdekat la.
Kalau kata pegi lagi, saya nak try Roasted Garlic pulak.
Me love love love garlic.


: :  Hasil borongan di Decathlon. Tiba-tiba ada ball kecik kan. Tu untuk si Aisya : :