Blog Maya Dot Com

Belanja

Lepas habis Family Day AG Jessica hari tu (belum update kat blog lagi) saya plan nak belanja kawan-kawan yang masuk performance Dikir Barat.
Saja lah suka-suka. Sesambil kami bermeeting post mortem.
Memang agak kurang puas hati dari segi pemarkahan.
For record, ya kami mengulangi kekalahan 2 tahun lepas. Sob sob.
Tu nanti saya cerita kat entry Family Day lah yer.

Makan kat Lanai Kijang aje. Senang.
Masa tu ada promotion Mee Sup apa tah.
Tapi sedap.

Inilah dia barisan kumpulan Dikir Barat itu.
Oh Khairy je takde. Dia kena pegi gym kot tak silap masa ni.

Lepas tu lagi sekali repeat saya belanja makan jugak.
Plannya nak belanja Azri, Khairul, Kak Aida dengan Abang Mohd Noor sebab depa tolong saya masa Family Day hari tu.
Tapi Kak Aida cannot make itu pulak.
So belanja Azri, Khairul dengan Abang je.

Alang-alang angkut sekali Zura & Liyana sebabnya fikir saya selalu tumpang kereta Liyana pergi Kenanga hari Jumaat lunch time.
Zura pulak selalu bayar parking dan belanja ice blended kalau pergi Kenanga sesama.So sekali jalan la belanja semua ha.
Kami pergi makan Ikan Bakar kat Bellamy sana.
Saya ambik ikan terubuk pastu menyumpah nyumpah sendiri sebab seksanya nak buang tulang.
Tapi sedappp.


: : Kawan gaduh, kawan sentap, kawan gossip semua lah depa ni. Azri, Khairul dengan Zura dah masuk dalam Grup Kita Kita Aje 😀 : :

Di hari lain pulak. Pun berkisar kepada Family Day AG Jessica.
Peyo sebagai Ketua committee Family Day ni, ajak semua committee keluar sebab ia nak belanja makan.
Katanya sebagai tanda terima kasih atas segala keringat kami untuk menjayakan Family Day ini.
Pergi makan kat Restoran Onde Onde, Sunway Putra Mall.

Saya minum Bandung Layer. Sedap sedap.
Pastu first time cuba Butter Chicken. Not bad, sedap gak.


Nisa, Aswad, Peyo, Rasyad, Sham & Mya.
Setiap sorang macam-macam peel.
Tapi best sebab dapat kenal dengan diorang.
Nisa dengan Peyo tu Manager tapi kepala ting tong boleh tahan 2 ketul tu.

Entry ini tentang belanja orang dan dibelanja orang.
Apa nak berkira sangat. Bukan kita belanja orang hari-hari betul tak?
Rezeki dikongsi bersama 🙂

    One thought on “Belanja

    1. diyanadi

      Betul tu kak ada rezeki lebih apa salahnya belanja kan..x syok nya ada gak orang yang suka orang belanja dia je..tapi diri sendiri kedekut & berkira..itu not good.