Blog Maya Dot Com

Singgang Warisan


: : Sabtu, 10 September 2016, Yaya whatsapp gambar pagi pagi kata diorang dah otw ke KL. Yey! : :

Macam biasa jemput diorang kat KL Sentral.
Kali ni tak balik KSU tapi terus ke LEP.
Janji nak jumpa dengan Kaklong sefamily kat Restoran Singgang Warisan.
First time saya makan kat sini.
Restoran lain banyak tutup, aterr Isnin nak AidilAdha dah kan.

: : 3 Layer Tea tu saya punya : :


: : 3 Layer Tea dah habis minum, order lagi 3 Layer Bandung pulak. Yaya tanya Mommy tak muak ke minum susu? Ye tak ye jugak kan? Heee : :

singgang
: : Food semua sedap! : :


: :  Belah belakang ada table dengan permainan congkak. Nak main ambik sahaja katanya. Gamak sesebelum ni orang asyik tanya je kot kan sebab maybe orang ingat display sahaja. So senang tulis terus camni : :


: : Anak-anak saya tak reti main congkak. Sian : :


: : Kat area sini memang banyak lukisan lukisan macam ni : :

Aisya ni makin lama makin cheeky. Geram je tengok.
Pandai sakat orang, gurau-gurau dan paling best fotogediks dia sekarang.
Asal ajak bergambar je terus senyum buat peace. Good girl Aisya!

Bebudak main basikal, main kinetic sand, main badminton dan main bola.
Aisya main bola dengan Encik Z. Comel gila kot.
Ada sekali tu Encik Z baling bola, bola tu ke tepi dia tak dapat sambut.
Setiba tiba dia cakap ‘Ta une!’ aka Tak Guna!
Terperanjat Mommy tau tak Aisya hehe.
Ada saya post kat instagram sana. Gi la tengok @normaya11
Pastu instead kita puji dia, dia yang dok puji ‘Ayah pandai..’

Saya ada gak lawan badminton dengan Kaklong.
Baru main 5 minit dah mengah kau.
Tapi seronok la aktiviti macam ni. Berkumpul dengan family.
Santai santai dengan anak-anak. Harap berterusanlah hubungan kekeluargaan kami ni.
Amin.