Blog Maya Dot Com

Seoul Garden, Poplook & DipnDip

Hari Ahad sebelum AidilAdha kami keluar 3 beranak gi jalan-jalan.
Yaya terima Anugerah Kecemerlangan Kokurikulm (AKK) Peringkat Negeri Perak 2016 dibawah kategori Murid Cemerlang Kokurikulum – Sekolah Rendah Perempuan.
Jadi dia request mintak nak makan kat Seoul Garden.
Ok boleh, kita mintak Ayah belanja hehe.
Gi Seoul Garden kat Setapak Central, yang terpaling dekat.







Lepas tu terus pegi The Curve.
Ada 2 sebab utama. First nak pergi butik Poplook!
Korang yang rajin shopping online mesti tak asing lagi dengan nama Poplook kan.
Masa memula naik dulu, memang glamer sangat kot Poplook ni.
Saya sendiri pun cam acapkali kot shopping online Poplook ni.
Mampu korang guna perkataan acapkali? Hiks.

Rasa seronok sebab Poplook dah ada butik fizikal.
Senang nak belek telek try testing baju.
Cadangnya nak beli baju Yaya untuk majlis hari Sabtu nanti kat Melaka.

Konon nak beli baju Yaya je, last last dengan saya sekali terjebak beli.
Kitorang beli baju sama. Blouse hitam plain.
Yaya memang dah pakai baju dewasa dah. Saiz XS.




Lepas shopping terus pergi Dip n Dip.
Saya pulak nak belanja Yaya dessert.
Saya dah 2 kali makan kat Dip n Dip ni.
Sekali kat Bangsar. Sekali kat sini lah dengan Payiet & KakTin.
So kali ni bawak la suami dan anak pulak merasa.

Kami order Dip Stick Platter.
Dikawankan dengan air mineral.
dipndip


Tahniah sayang. Mommy doakan awak terus maju jaya dalam bidang yang awak minat.
Love u!