Sanah Helwah Yasmin

Rasa macam baru je saya up ENTRY NI. Dan jugak ENTRY NI.
Tengok tengok dah tiba lagi hari ini.

16 Oktober 2016.
Hari Lahir Yasmin aka Yaya, the one and only anak dara saya.
Yang ke 12 Tahun.

Perancangan awal nak balik Taiping celebrate sama-sama, tapi Yaya ada program sekolah pulak.
Dia kena ke Pulau Pinang Jumaat lepas.
So takpelah, postpone balik Taiping minggu ni insya Allah.

Masa entry tahun lepas saya kata nak sambung cerita pasal Yaya kat entry ni kan, tapi tu la apa lagi yang nak sambung cerita ye?
Dia pun dah besar, dia pun baca blog ni.
Nanti cerita yang tidak-tidak, takut dia tak selesa ke kan.

Yaya ni boleh saya katakan seorang anak yang baik.
Mungkin dia faham situasi saya dan Ex yang dah bercerai, jadi dia cuba taknak susahkan sesiapa.
Tambah lagi dari kecik dia memang duduk dengan Mama saya, jadi saya selalu ingatkan dia jangan jadi beban pada Opah.
Biar jadi kawan, jadi teman, tapi jangan jadi beban.

Takpelah, selebihnya saya update dari masa ke semasa lah perkembangan dan aktiviti Yaya kat blog ni.
Terima kasih pada korang yang follow dan setia baca blog saya ni dari Yaya baby sampailah dah jadi anak dara ni.
Terima kasih banyak-banyak.

Selamat Hari Lahir Yang ke 12 tahun Yasmin.
Insya Allah, ada hadiah istimewa dari Mommy dan Ayah untuk Yaya.
Hadiah 2 dalam 1 gitu.

Segala yang baik-baik akan Mommy sulamkan dalam doa setiap hari.
I love u sayang 🙂

2 thoughts on “Sanah Helwah Yasmin

Comments are closed.