The Hanging Church juga dikenali sebagai Saint Virgin Mary’s Coptic Orthodox Church merupakan salah satu gereja tertua dan bersejarah di Mesir.
Juga digelar sebagai Al-Muallaqa bermaksud sesuatu yang digantung. Ini kerana gereja ini dibina di atas tanah dan ditunjang oleh tiang yang menahannya.
The Hanging Church ini letaknya di daerah Cairo Governorate.
Parking agak jauh so kami kena la menapak pepelan.
Dalam perjalanan tu dok layan view bangunan sekeliling.
Korang cer tengok bangunan bawah yang tengah tu.
Perasan tak ia senget?
Saya nampak bangunan kat bawah ni. Sebelahnya macam ada runtuhan gitu.
Saya pun tanya la kat Fadzil runtuhan ni kenapa.
Dia pun tak pasti.
Saya kata la agaknya bangunan ni pun kosong takde orang kot?
Lepas saya cakap camtu, elok je ada sorang perempuan dengan anak ia ke luar dari tepi celah runtuhan tu.
Terus tergelak kami tiga hehe.
Cekal betul hati orang Mesir ni. Bangunan runtuh ceni pun depa relax je keluar masuk.
Kalau kita, mesti kerajaan dah bagi amaran suruh tinggalkan, betul tak?
Bawah ni pasar bawah tanah Old Cairo Bazaar.
Fadzil tanya nak turun tak? Saya taknak ntah kenapa.
Macam seriau kot huhu.
Ni pulak Subway Station depa.
Terus la terbayang-bayang scene Fahri dalam Ayat-Ayat Cinta jumpa Aisha dalam subway ni.
Subway station yang terdekat The Hanging Church ialah stesen Mar Girgis.
Jalan kaki 2 minit je.
: : The Hanging Church dari bahagian sisi : :
: : Informasi : :
Nampak tak tulisan Allah Al-Majid kat bahagian atas tu?
Cerita Fadzil, katanya kat sini orang yang beragama Islam & Kristian ada hubungan yang baik.
Pernah dulu ada satu isu la, orang Kristian ni siap buat bulatan pegang tangan sebab nak melindungi orang Islam dari diserang.
Tapi dari dulu-dulu lagi kita pun tau kan agama Kristian dengan Islam ni berkait rapat.
Ingat tak dulu masa saya pergi Manila, saya pernah tulis kata takmo dah la masuk church church ni semua.
Tapi kat sini saya masuk pulak? Hehe.
Biasalah manusia cakap tak serupa bikin kannn kikhkih.
Takdela, sebab kat sini tempat ni memang bersejarah dan boleh dikatakan semua pelancong akan datang melawat.
Lagipun kat sini takde patung perempuan serba hitam yang saya takut tu.
Apa-apa pun, Innamal A’malu Binniyat.
: : Muka cuak tapi buat-buat berani : :
saye tak nampak perkataan alhamdulillah tu sis, kat mane eh? *belek belek lagi utk ke seratus juta kali*
udah diterangin di dlm wasap hehe