Mesir Day 3 : Merpati Sumbat & Jus Segar

Selesai shopping di Khan el-Khalili, jom lah kita cuba food special yang Fadzil bagitau tadi.
Menapak sikit tapi macam saya bagitau la, tak rasa penat sangat pun sebab lalu banyak-banyak kedai, so ralit.
Lagipun kan cuaca sejuk.

IMG_0668
: : Kedainya kecik je dicelah lorong. Restoran Farhat : :

IMG_0666
: : Menu di dinding : :

IMG_0660
: : Sekali dia cakap Arab daaaa.. Urusan order semua memang serah kat Fadzil : :

IMG_0661
: : Tunggu food sampai : :

Dipersilakan masuk mengadap, Merpati Sumbat!
Uhu! Inilah dia makanan special yang ditunggu-tunggu. Dalam tu ada nasi tau.
Lupa pulak nak snap gambar nasi dalam tu. Tulang temulang ke apa memang takde.
So boleh potong dengan nasi-nasi sekali dan ngap.
Fadzil lagi best. Tak potong dengan pisau pun.
Dia terus angkat gigit macam tu je.

IMG_0663
: : Seksi! : :

IMG_0664
: : Merpati sumbat tadi tu makan dengan roti dan side dishes seperti diatas. Sayur dan pencicah : :

IMG_0665
: : Yang ni memula saya ingatkan air tau. Rupanya sup! Style orang sini takde hirup hirup der. Terus teguk sekali jalan! : :

So sedap ke Merpati Sumbat tu?
Saya suka jeeee hehehe. Daging dan nasi ngapp sekali gus.
Korang kalau ke Mesir sila lah cuba ya..

Satu lagi style orang Mesir ni, kat kedai makan takde nya nak order air limau ais ke, teh o ais ke. Sorry ek, takde.
Sila minum air kosong je.
Kalau nak minum air berperisa, kena pegi kedai jual jus!
Ayuh kita.

IMG_0686
: : Macam-macam jenis buah ada tergantung haa. Pilih je nak air apa : :

IMG_0688

IMG_0690
: : Order dan bayar. Lepas tu sila tunggu giliran : :

IMG_0692
: : Saya minum air mangga :

IMG_0691
: : Pekat, likat, dingin. Enak dan menyegarkan! : :

IMG_0694
: : Encik Z minum air tembikai : :

Diorang ada mesin yang menjadikan air tu automatik sejuk tau.
Maksudnya kan dah perah buah tu semua kan, patut mesti la kena letak ais nak bagi sejuk ye dok?
Tapi kalau letak ais dah tak pure lagi dah.
So diorang akan masukkan air perahan dalam mesin dan tadaaaa jadi sejuk dan dingin!

IMG_0696
: : Kecik comel je kedainya. Sebab saya perati orang order, bayar dan minum seteguk terus gerak. Tak sampai 2 minit pun kau. Saya je fefeeling minum bergambar bagai hiks : :

IMG_0699
: : Fadzil bayar parking pada Pakcik penjaga parking. Masalahnya kan, banyak gila kot kunci kat tangan dia! Saya tanya Fadzil, Dia memang ingat eh semua owner kereta ni? Fadzil kata Ingat je. Dah berpengalaman jaga parking bertahun tahun, kak : :

IMG_0705
: : Sampai rumah pukul 8 malam tengok Ernie tengah memasak : :

IMG_0706
: : Mee Hailam in the house! : :

IMG_0707
: : Terpaksalah makan sepinggan. Ernie masak memang sedap ooo : :

2 thoughts on “Mesir Day 3 : Merpati Sumbat & Jus Segar

  1. Sedapnya semua food tu!! Tapi kalau nak travel sendiri kat sana cam biasa buat kat tempat lain, tak berani la pulak. Dah la tak faham bahasa satu apa pun… Tapi cam rugi la pulak tak dapat try merpati tu…hihihi. Dasar piranha kan!!

Comments are closed.