Mesir Day 3 : Masjid Amr Ibn Al Aas, Sandwich Mesir & Al Azhar

Kurang 1 km dari The Hanging Church, letaknya Masjid Amr Ibn Al Aas.
Siapakah dia Amr Ibn Al Aas?
Beliau asalnya merupakan pemuka Quraisy yang sangat menentang dakwah Rasulullah SAW.

Sehingga Rasulullah SAW selalu berdoa dan memohon kepada Allah agar menurunkan azab pada Amr Ibn Al Aas dan 2 orang lagi rakannya.
Tiba-tiba, tatkala beliau berdoa dan memohon, turunlah firman Allah: “Tak ada sedikit pun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka, atau mengazab mereka karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim.” (QS Ali Imran: 128)

Jelas bermaksud, walau macam mana zalim dan teruknya kita dianiayai orang, jangan sesekali mendoakan azab kepada orang lain, melainkan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
Sebab kita taktau bilakah mereka akan bertaubat dan taubat mereka diterima oleh Allah SWT.

Insaf insaf.
Yer lah kita ni bila bengang dan marah dengan orang je mesti terpacul doa yang tak baik kan?
‘Sila pegi meninggal lah. Mohon dilanggar lori lah’
Haishh…

OK sambung.
Dengan izin Allah SWT, Amr Ibn Al Aas dan 2 orang lagi rakannya mendapat hidayah dan memilih jalan Islam.

Bukan itu saja, beliau juga telah beralih rupa menjadi seorang pejuang Islam, dan salah seorang panglima yang gagah berani mempertahankan Islam.

Para ahli sejarah biasa menggelar beliau sebagai “Penakluk Mesir”. Namun gelaran ini tidaklah tepat, yang paling tepat untuk beliau adalah “Pembebas Mesir”
Begitulah sedikit pengenalan tentang siapa Amr Ibn Al Aas.
Nak tau lebih lanjut korang boleh baca buku sejarah atau google k?

IMG_0616

IMG_0613

IMG_0615

Dalam masjid saya terpisah dengan Encik Z sebab saya ke arah tempat solat wanita dan Encik Z ke arah tempat solat lelaki.
Kami sempat solat Zohor di sini.

IMG_0606
: :  Ni sebelah dalam kat tengah-tengah : :

IMG_0612
: : Ruang solat. Tu nampak tak Encik Z? : :

Masa nak gerak balik nampak satu van sampai, dengan segerombolan orang.
Rupanya ada kematian. Yang perempuan semua memang serba hitam.
Terperanjat kejap dengar depa punya meraung menangis huhu.
Nak snap gambar tapi takut, so perati je lah.

IMG_0617
: : Meneruskan perjalanan…. : :

Saya cakap dengan Fadzil, Akak kau ni lapar dik.
Boleh tak kita pegi makan?
Boleh. Tapi saya nak ajak akak makan special punya.
Sementara tu akak alas perut dengan roti dulu boleh?
Boleh boleh. Bab makan ni satu hari 8 kali makan pun akak ok je.
Apa ke nama makanan ni dik?
Nama Mesir saya taktau kak. Tapi saya dengan kawan-kawan panggil Sandwich Mesir.

IMG_0623
: : Stall tepi jalan ceni je : :

IMG_0624
: : Inilah dia Sandwich Mesir. Basically ianya adalah roti dengan bebola daging di dalamnya : :

IMG_0626
: : Bagi saya sedap dap dap. Boleh la alas perut sementara nak makan special yang Fadzil cakap tu : :

Kat sini pun parking jauh gak. Rasa mau 1km lebih kot kitorang menapak.
Tapi tak rasa sangat pun sebab lalu kat kedai-kedai semua.
Tak snap gambar kat sini sebab jalan sempit dan kereta motor semua bersesak-sesak.

IMG_0628
: : Cer teka masjid apa belakang tu? : :

IMG_0630
: : Ye betul! Masjid Al-Azhar! : :

Masjid Al-Azhar dibangunkan oleh Panglima Jauhar Assiqilli di Cairo antara tahun 359-361 Hijriyah atau 972 Masehi atas perintah Khalifah Muiz Lidinillah dari Daulat Fatimiah.

Masjid ini adalah masjid Islam yang paling terkenal sekaligus masjid kampus terbesar.
Masjid ini dinamakan Al-Azhar sebagai isyarat kepada Zahra, julukan Fatimah az-Zahra.