Mesir Day 3 : Khan El Khalili

Khan el-Khalili adalah pasar utama di daerah Islam di Kaherah.
Tempat ini merupakan salah satu tarikan utama di Kaherah untuk penduduk tempatan dan pelancong membeli belah.

Tapak Khan el-Khalili ini pada asalnya adalah tapak makam yang dikenali sebagai turbat az-za’faraan (Tomb Saffron), yang merupakan tapak kuburan khalifah Fatimid. Makam ini merupakan sebahagian daripada kompleks Fatimid Great Palace Timur, yang dimulakan pada 970 AD oleh Gawhar al-Siqilli, yang menakluki Mesir dinasti Fatimid dan mengasaskan Kaherah pada tahun yang sama.

Saya sampai sini dalam pukul 3 petang. Meriah sangat.
Selain shopping, tempat makan pun berlambak-lambak.
Siapa nak bermalam pun, ada banyak hotel kat sekitar sini.
Jomlah kita pergi shopping. Lepas shopping boleh makan!

IMG_0637

IMG_0856
: : Bawah tu semua tempat makan : :

Kedai pertama yang saya masuk ialah kedai kulit.
Fadzil kata murah barang barang kulitnya.
OK la belek punya belek beli la tali pinggang untuk saya seketul.
Encik Z kan dah beli semalam. Takkan nak beli lagi ye dok.

IMG_0634

IMG_0635

Lepas tu nak cari tshirt.
Ni macam biasalah untuk anak-anak saya seramai 6 ketul itu.
Runsing sikit nak membelinya ha sebab semua tshirts dilonggok je.
Saya bagitau je nak warna saiz sekian-sekian suruh dia cari.
Malas nak fikir sangat dah ha.
Sib baik jugak Fadzil ada. Dia la dok bersok sek bargain dengan pekedai.

IMG_0641
: : Tak pening nak punggah selai selai : :

IMG_0643
: : Beli jubah kat sini. Tu apa la depa mengata saya tu dok sengih sengih : :

IMG_0654
: : Macam macam mak neka souvenir ada. Pilih je mana nak : :

IMG_0656
: : Saya borong fridge magnet kat sini : :

IMG_0658
: : Beli jubah Yaya kat sini. Pun macam macam ada ha. Nak warna apa, saiz apa, design apa, semua ada! : :

IMG_0647IMG_0649
: : Selebihnya… jalan-jalan cuci mata : :

IMG_0631
: : Masjid Al Hussein. Sebelah je dengan El Khalili. Kami solat Maghrib kat sini : :

IMG_0672
: : Meriah masjid ada lampu lampu bagai : :

IMG_0683

IMG_0677