Mesir Day 1 : Mesir, Aku Datang!

Assalammualaikum semua..

Ya Allah bercinta nya nak mulakan entry cuti cuti Mesir saya ni.
Tapi nak taknak kena jugak la mula menaip pepelan.
Kalau tak nanti takut berkubur je terus.
No no no.
By hook or by crook, kena update jugak jugak.

Dan saya akan cuba update sedetails yang mungkin.
Sebabnya bila saya google tak banyak info dari blogger yang saya dapat.
Rasanya memang tak ramai blogger yang dah ke Mesir.
Kalau ada pun kebanyakannya untuk umrah dan ziarah.

OK ayuh mulakan.
Plan nak ke Mesir ni telah ditancapkan di dalam dada semenjak Ernie bertolak ke Mesir lagi.
Pada yang taktau atau new readers, Ernie ni BFF saya.
Berkerjaya dengan Wisma Putra. Ia kena posting ke Kaherah sana dan bertugas di Kedutaan.

Sama macam saya pegi Taiwan, saya menumpang rumah Ayu.
Pegi Ho Chi Minh, menumpang rumah Intan.
Pegi Phnom Penh, melawat Ieyna.
Begitulah kekiranya hidup menumpang kasih kawan kawan di oversea.
Maceh kawan kawan. Korang memang baik.

Tak silap saya Ernie ke Mesir bulan Mei tahun 2013.
Dan minimum dia posting ni 3 tahun.
So sebelum 3 tahun saya kena jugak menjejak kaki ke Mesir melawat ia.

Dah plan nak ke Mesir Disember 2015.
Pejam celik pejam celik 2 tahun setengah berlalu.
Planning gitu gini dengan Ernie.
Dia la susun itinerary apa semua.
Tiket penerbangan pun ia yang belikan.
Tapi saya dah survey dulu, Etihad paling murah.
So ambiklah Etihad.
RM2650 sorang return. So untuk 2 orang RM5300.

Itinerary boleh refer kat SINI.

Lalu tibalah hari yang dinanti nantikan.
Flight pukul 7.20 malam.
Kami gerak dari rumah pukul 2 petang camtu.
Tapi elok nak masuk DUKE, ya Allah, saya tertinggal semua duit yang saya dah tukar ke USD!
Haihhh ni kali kedua dah ni kes tertinggal duit ni.
Dulu masa pegi Singapore.

Encik Z pun patah lah balik.
Sib baik ada masa lagi dan dia pun tak menaga.
Berkejaran balik ambik duit dan zasss terus ke TBS.
Kami tinggal kereta kat situ.
Bayaran cuma RM3 saja. Murah ke idok?

IMG_0314
: : Bawak 2 beg ini : :

IMG_0324
: : Kelas tak siap susun baju yang nak dipakai? Kang tak buat ceni ada je la tertinggal nanti : :

IMG_0328
: : Dalam ERL sudah : :

IMG_0329
: : Drop baggage : :

IMG_0331
: : Boarding pass. Kena transit kat Abu Dhabi. Kuala Lumpur ke Abu Dhabi bertolak 7.20 malam. Sampai kat Abu Dhabi 11.05 malam. Beza waktu Abu Dhabi dengan Kuala Lumpur ialah 4 jam ke belakang.
Bermakna saya akan sampai di Abu Dhabi jam 3 pagi. Dan jumlah jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Abu Dhabi ialah 8 jam : :

IMG_0332
: : Sedang gigih berwhatsapp dengan group Keluarga Puan Normah hehe : :

 

IMG_0339
: : Sudah berada di dalam perut kapalterbang. First time naik airlines lain selain dari Air Asia & MAS. Haruslah kejakunan hehe. Tolong jangan kecam saya : :

IMG_0334

IMG_0340
: : Menu. Pilihlah nak makan minum apa. Tapi awasss jangan mengada nak minum mabuk mabuk pula. I wacaaa uolls nanti : :

IMG_0341
: : Sebelum tu kita minum dan makan kacang dulu : :

IMG_0345
: : 2 jam kemudian dapatlah makan. Saya pilih Beef Kabsa. Takde la sedap mana, boleh la nak mengenyangkan perut gitu : :

IMG_0347
: : Lepas makan dapat minum kopi pula : :

IMG_0348
: : Haaa tengah terbang di atas Chennai. Kakak ostajah hanya mampu melambai lambai awak dari awan biru saja. Satu hari nanti pasti kita bertemu ya, Chennai : :

IMG_0349
: : 2 jam sebelum mendarat dapat kudapan pulak. Tapi lupa dah saya apa dalam tu. Roti kot? Dengan hot chocolate : :

IMG_0350
: : Lepas kenyang perut saya layan movie ni. Ivide : :

IMG_0351
: : Lepas tu layan filem ni pulak. Papanasam. Balik KL baru saya tau filem ni ada versi Hindustan jugak. Saspen oiiii filem ni : :

IMG_0356
: : Menghampiri Abu Dhabi sudah : :

Dalam flight saya macam tidur-tidur ayam je kot rasanya.
Takut nak tidur beria, risau berdengkur kahkah.
Tapi feeling tu memang lain ah. First time long distance flight kot.
Selalu paling jauh pun 4 jam je rasanya.
Lepas tu sesekali cam tersedar dari lamunan, fuhh aku dalam kapalterbang, di tengah malam.
Kalau jadi apa-apa ni selamat tinggal dunia je la jawabnya.

Alhamdulillah selamat mendarat di Lapangan Terbang Abu Dhabi jam 11 malam waktu tempatan.
Transit 1 jam. Tapi sebab tak biasa dan takut tertinggal flight, so singgah toilet then terus ke boarding gate.

IMG_0358
: : Assalammualaikum Abu Dhabi! Kakak ostajah tumpang tanda kawasan ek hehe : :

IMG_0361
: : Boarding : :

IMG_0362
: : Kena naik bas dari Terminal ke plane : :

IMG_0363
: : Sambung duduk untuk 4 jam setengah lagi : :

IMG_0364
: : Yang ni boleh bawak balik : :

IMG_0365
: : Kali ni takde pilihan makanan. Makanya terimalah apa adanya. Sedappp hehe : :

IMG_0366
: : Dari Abu Dhabi ke Cairo naik plane A330. Menghampiri Cairo : :

IMG_0367
: : Sebelum mendarat isi Arrival Form dulu. Oh lupa nak bagitau kalau stay kat Mesir kurang dari 14 hari, visa tak diperlukan ya : :

Selamat mendarat di Cairo International Airport jam 3 pagi.
Urusan imigresen dan kastam berjalan lancar.
Lepas collect luggage, tengok tengok zip dah terbukak seperti dibawah.
Cuak lah kejap kan.
Tapi lepas Encik Z cek takde apa yang hilang.
Agaknya tekanan udara kot jadi beg tu mengelembung terbukak sebab tak padat?
Wallahualam…
Lepas ni nampaknya kena wrap jugak lah.

IMG_0368

IMG_0369
Tengok jam kat atas tu. 3.20 pagi waktu Mesir.
Bersamaan 9.20 malam waktu Malaysia.
Airport Cairo yang berwarna suram.
Masa ni rasanya 1 flight je kot sampai so semua pun tertumpu kat satu belt.
Lagi satu belt tu sunyi je.

IMG_0370

IMG_0371
Sementara tunggu beg, saya gi toilet kejap.
Elok selesai urusan ada sorang makcik cleaner kat luar.
Dia siap tekankan sabun, hulur tisu semua.
Terus la saya 1st impression cam ‘Wow baiknya orang Mesir ni’
Tapi tapi tapi…

Setiba tiba dia buat isyarat tangan / jari yang mintak duit tu.
Cehh. Ada udang disebalik mee rupanya.
Ingatkan ikhlas. Awasss kau makcik.
Korek-korek beg, mana la nak ada nya duit EGP kan.
Yang paling kecik ada note RM10 je. Hulur je laaaa.
Ni kira kena con ke cemana ni? Tskk..

Ketibaan kami disambut oleh Fad dan diperkenalkan dengan Fadzli.
Fadzli ni nanti la yang akan bawak kitorang jenjalan kat sini.
Nanti pasal Fadzli saya cerita details kendian ek.

IMG_0372

IMG_0374
: : Tumpang selfie : :

Perjalanan mengambil masa selama 3o minit dari airport ke rumah Ernie yang terletaknya di Dokki.
Tengok la perut saya tuuuu. Dah macam mengandung 6 bulan tsktsktsktkstksk.
Bersembang apa lebih kurang, pastu masuk tidur. Esok boleh sambung sembang lagi.

IMG_0409

Mesir, aku datang!