Blog Maya Dot Com

Lebih 8 Tahun

2 minggu lepas Jumaat saya keluar lunch dengan Ita & Kak Diella.
Berminggu gak la plan dengan Ita.
Maklum la bukan senang nak dapat timing semua kan.
Kami gi lunch kat Sushi King, SPM.
Tengah menunggu kat Kak Diella mai jemput kat Lobi A, Ahyue hulurkan satu bekas kek ni.
Salted Caramel tak silap namanya.
Dia suruh share-share makan sesama dengan Kak Diella.

Kak Diella dah tak berkerjaya kat B** lagi dah.
So alang-alang jumpa sekali jalan la update segala mala cerita terkini.
Kalau ikutkan memang tak cukup masa. Gamak kena ambik half day lepak kedai mamak kot baru boleh cover semua cerita hehe.

Kat Sushi King ada promotion Soft Shell Crab.
Boleh ambik Mix & Match 2 atau 3 set.


: : Sedapnyaaaaa. Saya ni kalau Sushi, makan hari-hari pun tak jemu tau : :


: : Geng makcik-makcik sangat saya ni naik kereta pegang atas tu hehe : :

Ni la Salted Caramel tu. Tak sempat nak makan kat Sushi King tadi sebab semua pun dah kenyang.
So saya ambik la seketul buat ngap.
Rasanya Ahyue buat kek ni sempena birthday Kak Diella yang ke 41.
Matikla sesuka hati reveal umur orang kat blog sendiri.
Siapa nak order kek dari Ahyue boleh contact beliau kat Instagram @ahyuekitchen k?

Tak lama lepas tu Ita upload gambar-gambar kitorang ni kat Facebook.
Setiba-tiba terselit gambar throwback sangat ok. Gambar tahun 2008.
Maknanya pejam celik pejam celik kami dah berkawan lebih 8 tahun.

Tak ingat apa occasion masa ni, tapi tak silap ni kedai makan bawah rumah Ita lama kat Taman Melati sana.
Masa ni iolss menggalas title single mom yer.

Boleh katakan dulu-dulu memang saya rapat dengan depa ni.
Ita antara orang yang pertama saya kenal masa saya memula kerja kat B**.
Kak Diella pun sama gak.

Tapi biasalah, persahabatan ada turun naiknya.
Lagipun kita kan manusia biasa, mana ada sifat sempurna.
Ada masa kita terluka, kadang kala terasa hati, setengah waktu memendam rasa.
Tak perlu nak salahkan orang lain.
Muhasabah diri, tengok kekurangan sendiri.

Setiap yang berlaku ada sebabnya, tersembunyi hikmahnya.
Allah SWT uji macam-macam pada persahabatan kami.
Rupanya Dia nak bagi kami sedar yang dan buka mata dan belajar prinsip persahabatan yang sebenarnya.

Saya bersyukur. Bersyukur sangat-sangat atas apa yang terjadi.
Pengajaran untuk saya. Dan saya percaya untuk mereka juga.

Kak Diella & Ita,

Sayang korang lillahi Taala.
Walaupun tak selalu jumpa, insya Allah doa aku untuk korang dan kita semua sentiasa ada 🙂

    4 thoughts on “Lebih 8 Tahun

    1. Diella

      Alaaaaa .. reveal umur je pun, bukan no hp … hahahahahah … xdop hal!

      Terima kasih belanja. Murah rezeki ko.

    2. ita

      *nangis*

      betul tu..pernah kita hilang arah kejap..
      sbb hasutan org ketiga..tp salah sendiri sbb rapuhnya kepercayaan..
      lps kita bertanya direct kt diri masing2 baru kita tersedar kan?

      aah..tq sbb belanja..pdhal aku dh kuar duit gak tau!hahaha..ok, turn aku ujung thn k …syg korg sangat2!!

      1. Mya

        itulah gunanya berterus terang dlm persahabatan kan?
        .
        aku ingat lagi masa kau jauhkan diri dari aku masa kelas english tu.
        sedih ooo.
        tapi aku pun berdiam diri je kan.
        sedihnya Tuhan yang tahu.
        .
        Alhamdulillah di sebalik mendung dan hujan, Allah dah hadiahkan pelangi untuk kita.
        .