Blog Maya Dot Com

Konsert 3 Suara di Istana Budaya

Baru-baru ni saya pergi nonton Konsert 3 Suara kat Istana Budaya.
Lama sungguh rasanya saya tak jejak kaki kat Istana Budaya ni nonton konsert.
Rasanya last dulu masa Konsert Gegar 5 Legenda. Konsert tu memang terbaik dari ladang!

Kali ni nak pergi of coz sebab ada Zamani Slam.
Dan kalau korang baca entry Konsert Gegar 5 Legenda dulu tu, memang saya ada tulis kalau ada Ameng Spring kan best.
So kali ni ada Ameng makanya haruslah jangan melepaskan peluang ini.
Dato Jamal Abdillah tu saya biasa biasa je.
Minat tidak. Tak minat pun tidak. tapi ok je layan lagu lagu beliau.



Kesimpulannya?
Best best best. Tapi tetap tak boleh lawan Konsert 5 Legenda tu.
Heee nak jugak kann.

Zamani best. Ameng best dan kelakar.
Dato Jamal pun boleh tahan lawak.
Cumanya pemilihan lagu macam banyak yang saya tak berkenan sebab lagu-lagu yang saya suka depa tak nyanyi.

Lagu favourite saya kalau dari kumpulan Slam ialah lagu Kurnia.
Haihh bila dengar lagu tu memang terbuai membuai terkenang zaman memuda dulu.

Spring pulak banyakkkk kot lagu depa yang best, tapi malam tu Ameng nyanyi lagu yang famous je.
Saya lagi suka lagu depa yang kurang famous tapi best.
Kemarau Kasih, Tamu Beradu, Kasih Yang Tak Pasti, Cempaka di Rembulan.

Dato Jamal tak nyanyi jugak lagu favourite saya, Di Sudut Kamar Hatiku huhu.
Tapi lagu lagu lain yang dia nyanyi semua pun best jugak.

Takde terkucil ke hapa depa 3 ni. Memang power ah.
Ada borak borak gak dengan penonton.
Memang paling lawak si Ameng tu la.

Gambar-gambar bawah ni semua saya curi dengan keizinan dari FB Kak Noor.
Ia, KakTin & KakLinda pergi atas nama media. Depa duduk belah depan.
Kelas kakak-kakak saya ni tau. Jeles iolls ok.





: : Kak Linda, Kak Noor & KakTin. Tetiga ni senior saya masa kat Politeknik Port Dickson dulu. Terhappen pulak saya, Kak Linda dengan KakTin berkerjaya bersama kat B** ni ha : :

Bang, awak tau tak kumpulan Spring ada lagu yang lirik dia guna perkataan ‘saya’ instead of ‘aku’

Ada ke?  Taktau.

Ada. Jap ek saya pasang bagi awak dengar.

Haah la! Haha.

Comel kan kan kan.

Comel la tapi macam pelik. Selalu kan lirik lagu tulis aku

Macam terus dia cakap dengan awek dia hihi.
Boleh la saya nyanyi kat awak jugak. Saya nyanyi ek ek ek.

*terus Encik Z malas nak layan

Tamu Beradu – Spring

Ditahta saya dimana
Bermahkotakan kesakitan
Onak dan duri menjadi tamu
Bersamamu menyiksakan

Bisakah teguh asmara

Tanpa sinaran cahya permata
Bisakah akan lena sengsara
Terpisah selamanya

Kilau mata pandai berpura
Memujuk hati ini
Malam siang leka tergoda
Sengaja membiar diri binasa

Sampai bilakah kesilapan
Menjadi igauan
Sehingga saya
Kepedihan kala beradu

Perlukah saya mengada kerlipan bintang
Hingga diri ini turut kecundang
Mestikah cinta akan terluka
Tanda kehebatannya

Sentuhan kali pertama sungguh berharga
Akan saya abadikan selamanya
Biar dusta biar nista
Gerun mendekatinya

Saya cerita dengan kawan office pun ramai taktau lagu ni.
Siapa yang tau meh gimme 5 sikit.
Lagu ni hits tahun 1994 masa saya Form 3.
Fuhh lama gila tapi still saya ingat.
Aterrr cinta monyet jugak. Puiii..

……….. Jika kau merasa aku bersalah
Maafkanlah diriku ( kumohon maaf dirimu)
Tapi jika engkau bersalah
Mengapa kau tak terima
Dimanakah keadilan dihatimu……………

P/S : Haihh.. Rindunya zaman sekolah

    4 thoughts on “Konsert 3 Suara di Istana Budaya

    1. Ibu

      Baca lirik macam pernah dengar. Carik kat Youtube, terus rasa ‘bergetar’ emosi…huhuhu. Ada la kenangan yang hilang kat dasar hati tu… Lagu dulu2 memang pandai main dengan perasaan kan?!