Berpagi Pagi

Hari Sabtu 24 September pagi-pagi alam saya dah keluar rumah.
Pukul 8 pagi dah tercongok kau. Dah la sunyi takde orang. Takuit!
Encik Z ada hoki kat Ampang, saya pulak nak ke Shah Alam.
Saya suruh Encik Z drop saya kat KTM Komuter Sentul.
So decide dari situ terus nak naik train ke Shah Alam.

Nak gi Shah Alam kena la naik train hala ke Pelabuhan Klang kan?
Tapi kat skrin dok keluar Tampin je. Apa apaan ini.
Ada sorang makcik Cina tu kata saya salah platform.
Apa hal lak? Betul la ni hala ke Pelabuhan Klang. Pfftt..
Saya naik atas tanya kat kaunter.
Katanya kalau nak ke Pelabuhan Klang kena tukar train kat KL Sentral dulu.
Dah takde pegi direct ke arah Pelabuhan Klang sana.

Ciss.. Penat menunggu je. Kalau tau baik terus suh Encik Z drop saya kat KL Sentral kan.
So tunggu la next train yang ke arah Tampin. Turun kat KL Sentral dan naik train lain.
Konon nak sampai kat Shah Alam pukul 9 pagi. Pastu nak breakfast dulu.
Ujung ujung pukul 10 pagi baru sampai stesen Shah Alam.
Dah la masa dalam train tu perut buat hal pfftt.
Terpaksa la singgah surau kat apartment rumah Masy tumpang memerut.

Cakap dengan Masy takyah gi makan lu. Kita terus ke butik pertama iaitu HijabsByHanami.
Ada clearance sales sebab depa nak tutup butik ni dan menten yang kat Bangi Sentral saja.
Tu yang nak usha kot ada memurah ke baju & tudung.


: : Raudhah Blouse. Saya tak beli la sebab dah ada 5 helai kan : :


: : Saya cuma beli tudung Peace Comfort warna hitam 2 helai. Memang dah aim nak beli yang ni. 2 helai RM100 : :


: : Pembelian RM100 ke atas dapat cabutan bertuah : :


: : Saya dapat tudung Maya Instant. Saya ada 6 helai kat rumah tapi semua pun dah pakai lagi dah. Biasalah perempuan kan cepat jemu. eh? : :


: : Tu tudung Maya instant yang saya menang tu. Saya lanting kan pada Masy : :

: : Masuk dalam instagram HijabsByHanami. Heee… : :


: : Lepas tu terus gi brunch kat Ayam Penyet Nusantara : :


: : Memula nak makan Nasi Daging Air Asam tu tapi takde la pulak : :


: : Lalu orderlah Sup Soto Ayam. Tak sedappp! Huwaa… pulangkan duit saiaaaa : :

: : Maceh Baby temankan Kakak Ostajah shopping : :


: : Singgah Jubahsouq, sebelah je dari Ayam Penyet Nusantara tadi tu : :

Saya tak pernah lagi beli baju dari Jubahsouq.
Ni macam biasa la, terpengaruh dari instagram la ni.
#MyLittleBlackDressVol2 yang lawaaaaa sesangat.


: : Saya tengah try test. Lawa lawa lawa. Sukaaaa. Rezeki la tinggal 2 helai je. Satu saiz L. Apa lagi zasss grabbb. Nanti saya pakai saya ciwi naa : :

Sementara tunggu Masy pegi draw duit kat Petronas, saya scroll la FB.
Nampak video Kak Red buat ni.
Saya mana la tau live ke apa ke.
Setiba tiba Amy komen ‘Ehh auntie Maya pun masuk’
Heyy apa nii.
Pastu baru tau live ni memang orang boleh tau ek sapa yang tengah view?

Tu yang saya komen tak boleh stalk diam diam.
Kak Red siap jawab takde maknanya kau nak stalk diam diam.
Haha.
Saja la nak cerita, kat instagram saya kan dah 2 kali kot orang kantoi terlike gambar saya.
Kan naik notification kan.
Bila saya gi kat gambar tu takde pulak like kau.
Dah la tak follow, tiba-tiba like.
‘Sticker’ instagram kita lettewww lol.

Lepas tu pergi Shawlshouse. Depa pun dah bukak branch kat Seksyen 7 ni ha.
HQ nya kat Balakong sana. Seksyen 7 ni memang lubuk butik tudung blouse segala.
Sehari suntuk kat sini pun tak cukup gamaknya.

Kat Shawlshouse cadang nak beli instant shawl terbaru depa.
Tapi warna hitam takde la pulok. Takpelah tunggu nanti.
Pastu nak pegi butik Minimalace. Ni pun sama terjebak kat instagram.
Nak nak pulak modelnya tu anak kepada VVIP kat office saya ni ha.
Lagi la asyik dok skodeng je.

Tapi tak perasan rupanya yang kat Seksyen 7 ni butiknya 1 Oktober nanti baru bukak hehe.
Hamponnn Baby. Sian ia drive pepusing mencari, walhal sebelah mata je haa.
Butik asalnya kat Jalan Serai Wangi sana.
Sokay la next time datang boleh singgah.

: : Hasil di pagi pagi. Dedua paperbag lawa. Jubahsouq tu siap dapat kotak lagi : :

One thought on “Berpagi Pagi

Comments are closed.