Blog Maya Dot Com

Belated Birthday Yana & Caca

Ogos birthday Caca.
September birthday Yana.
So alang-alang semua berkumpul, sekalian la kita celebrate beli kek makan-makan sekeluarga.
Bab beli-beli kek ni memang tugas saya je la sepanjang zaman.

Oleh sebab semua ada, so kita beli lah kek Baskin Robbins.
Sebab aiskrim kek kan, kena makan sekali jalan baru feel.
Kalau simpan-simpan dah mencair tak sedap.

Gambar ni pandai pulak Maamar behave tengok kamera.
Agaknya kalau buat hal tak dapat makan kek kot.
Ada saya rakam video gak, dalam video tu tak perasan yang Maamar ada kat sofa.
Elok kitorang nyanyi lagu birthday, terus dia lari kat Adil.
Video pun ada kat instagram saya sana. @normaya11


Mesti Maamar feeling birthday dia ni.
Walhal birthday Mama ia. Takpelah, Amar wakilkan Mama ye?





Happy Birthday Yang ke 9 Tahun Nur Shazleen Khiruizam.
Mommy doakan yang baik-baik untuk awak k?

Happy Birthday Yang ke 30 Tahun Nurul Liyana.
Terima kasih sebab jadi adik ipar yang best 🙂

    One thought on “Belated Birthday Yana & Caca