Z turns 37 : The Carnivall

Macam mana ke saya tau tentang The Carnivall ni?
Kisahnya masa kat Jasmine lagi, saya kemas-kemas rumah jumpa 1 buku pelancongan Malaysia.
Dalam tu ada la tulis waterpark yang ada kat Malaysia ni.
Ternampak lah The Carnivall. Lalu cakap dengan Encik Z, nanti bebila jom pergi bercuti kat Sungai Petani.
Itulah ceritanya.
Saya lupa nak snap waktu operasi huhu.
Tapi tak silap bukak dalam pukul 10 pagi.
Tutup 7 malam.
Tu harga tiket The Carnivall.
Kami ambil yang selepas pukul 5 petang tu sebab fikir takde la nak mandi lama sangat kot.
thecarnivall
Dalam ni nak kata besar sangat tak lah, tapi macam just nice.
Kurang lebih macam Desa Waterpark kat Danau Desa tu.
Saya tak mandi pun, lepak jaga barang.
Mama pun tak mandi, ia baring je. Letih kot.
So 2 beranak tu je lah pegi sana sini mandi manda main slides bagai.

Menjerit kejap saya tengok Yaya naik ni.
Saya dok imaginasi dia terpelanting je huhu.


Depa repeat sampai 3 kali rasanya.
Encik Z kata jangan risau, ada tekniknya cemana tak bagi Yaya terpelanting.
Iyolah.





Ni kat the other side.
Nak tunggu air melimpah dari atas.





: : Kalau dapat berendam syok ni : :


2 thoughts on “Z turns 37 : The Carnivall

Comments are closed.