Z turns 37 : Tanjong Dawai


: : Kalau dapat handphone kat anak, ini je lah kerjanya : :

Kami meneruskan perjalanan ke Tanjong Dawai. Ambil masa dalam 25 minit gitu.
Mama memang dah tak sabar nak gi Tanjong Dawai.
Katanya selalu dengar kawan-kawan ia je yang pergi, so dia geram sebab tak sampai-sampai.
Kiranya macam pucuk dicita ulam mendatang la saya ajak pegi ni hehe.
Meriah gak la macam-macam kami borong.




Lepas memborong, duduk pekena Mee Udang sambil menghadap view Pantai Merdeka diselangseli angin sepoi sepoi bahasa.
Background lagu Cinta di Pantai Merdeka. Hehe.
Encik Z sorang je makan Mee Goreng Udang.


Nangis tengok udangnya haa. Bapak besau.
Tapi dari 4 pinggan kami, udang saya yang paling besau.
Penuh  mangkuk! Tak silap saya semangkuk ni dalam RM15 camtu la.



Nampak signboard ni waktu otw balik. Gigih stop nak bergambar sebagai bukti, heyy saya dah jejak kaki di Tanjung Dawai!

3 thoughts on “Z turns 37 : Tanjong Dawai

Comments are closed.