Z Turns 37 : Tamadun Tertua di Asia Tenggara

Berjarak 20km dari Tanjong Dawai tadi, letaknya Tapak Arkeologi Sungai Batu, di mana di sinilah letaknya Tamadun Tertua di Asia Tenggara, yang telah diisytiharkan oleh 5 pakar arkeologi yang mewakili lima tamadun utama dunia.

Dengan pengisytiharan tersebut akan membantu melancarkan usaha ke arah menjadikan Kompleks Arkeologi Sungai Batu sebagai Tapak Warisan Dunia.
Fuhh.. kagum kagum.

Antara penemuan paling besar dan terpenting di Sungai Batu setakat ini, melibatkan monumen ritual di Tapak Sungai Batu 1 (SB01) yang telah pun disahkan secara saintifik berusia kira-kira 2,000 tahun.

Saya dengan Encik Z memang ternganga nganga kekaguman tau.
Memang dah pernah dengar tentang ni dalam radio tak silap hujung tahun lepas kot, tapi takdela macam plan sangat nak datang.
Tengok haa Allah bagi rezeki, dapat tengok sendiri depan mata.










Singgah beli air nira yang dapat menyejukkan badan.
Tapi saya tak boleh minum banyak.
Rasa macam keras sangat. Macam menyucuk tekakku huhu.



: : Sungai Merbok : :

One thought on “Z Turns 37 : Tamadun Tertua di Asia Tenggara

Comments are closed.