Z turns 37 : Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Pagi yang tak berapa pagi bangun pergi breakfast.
Walaupun macam malas sebab nak kena naik buggy/drive, tapi rugi la kan dah bayau memahal ni.


: : Breakfast kat tempat sama dinner semalam : :

Food spread biasa-biasa aje.
Takde la kategori sedap meletup tapi bolehla untuk ditelan.


: : Telur separuh masak + susu panas. Favourite! : :

Masa tengah makan nampak ada orang dok bergambar.
Tengok tengok oh, Dato Aliff Syukri Terlajak Laris tu haa.
Depa ada tour/promosi kat mall area Sungai Petani.
Pastu tak lama nampak penyanyi/pelakon Roslan Shah pulak.
Suh gak Yaya pi approach bergambar, kuasa sangat la budak tu haha.

Balik bilik mandi-mandi sesiap nak pergi jalan-jalan.
Destinasi pertama ialah Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang terletak di Merbok.
Dari Cinta Sayang Resort ambil masa dalam 40 minit jugak lah.

Muzium Arkeologi Lembah Bujang merupakan satu-satunya Muzium di Malaysia yang mempamerkan koleksi arkeologi yang membuktikan kewujudkan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan agama Hindu Buddha di Asia Tenggara kurun ke 3 masehi hingga ke 12 masehi.

Muzium ini terletak di atas Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah kira 23 km dari Bandar Sungai Petani dibina untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi serta mempamerkan artifak-artifak protosejarah atau sejarah sebelum islam dari tapak tanah bersejarah di Lembah Bujang. Muzium Arkeologi Lembah Bujang telah dibuka dengan rasminya pada 23 Januari 1980 oleh Kebawah Duli Yang maha mulia Al-Sultan Almu’tasimu Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman.

Bahan-bahan Arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan di ekskavasi arkeologi ditapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang dengan keluasan 400km persegi. Artifak Arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdangangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang meguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang China, India, Arab disamping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5.


Meremang-remang bulu roma baca segala sejarah arkeologi ni.
Selalu benda-benda ceni tengok kat Indonesia je, tapi ni kat negara sendiri memang rasa lain.

One thought on “Z turns 37 : Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Comments are closed.