Z turns 37 : Candi

Kalau masa masuk muzium rasa meremang bulu roma, kali ni rasa nak gosok-gosok mata pulak.
Sebelah muzium ni merupakan tapak pelbagai candi!
Candi tau. Bukan candu.

Sama macam arkeologi, selalunya candi candi ni kat Indonesia je.
Candi Prambanan, Candi Borobudur.
Kali ni dapat tengok sendiri depan mata candi kat Malaysia, rasa wow sangat.
Saya memang dah pernah baca tentang Lembah Bujang ni, cumanya semata-mata nak pergi sini macam tak berapa relevan pulak.
Makanya ni dah alang-alang sampai ke Sungai Petani, lajak jugak lah ke Merbok ni.

img_8509.jpg

Selamat Datang ke Lembah Bujang.
Anda Sedang Menerokai Tamadun Kurun Ke 2 – 14 Masehi.

Kena menapak naik tangga menuju atas sana.
Boleh tahan terponggeh jugak laa.
Manisnya senyuman, anak siapa la ni.



Dari lepas tangga yang tinggi tu, kawasan tapak yang pun luasnya.
Memang terkagum kagum sangatlah.
Tapi kan, kenapa tempat ni tak sepopular candi-candi lain di luar negara yer?
Kalau dipromosi secara meluas, saya rasa berjujuk pelancong datang.










: : Bermanja la konon. Hiks : :


: : Mama taknak ikut naik sebab penat. Dan panas juga. Lalu Mama duduk je tunggu kitorang : :


: : Ada jambatan dan sungai diseberang sana : :


: : Pulang : :

Korang, plis plis kalau ada sampai ke Sungai Petani, plis lah lajak ke sini.
Memang berbaloi dan tak rugi kalau datang menyaksikan sendiri tapak sejarah candi ni.

One thought on “Z turns 37 : Candi

Comments are closed.