Z Turns 37 : Birthday Dinner @ Sayang Restaurant

Rehat-rehat sekejap kat apartment, terus sesiap nak pergi swimming.
Leceh sikit la sebab swimming pool letaknya kat lobi reception tadi.
Saya, Yaya & Mama gerak dulu naik buggy.
Encik Z kata dia nak lena kejap.

Sampai kat swimming pool, budak yang jaga tu kata tshirt Yaya tak boleh bawak masuk air.
Eh tshirt Mama pun sama.
Sebab katanya tu kain cotton.
Boleh bawak mandi kain jersey saja. Saboo je la akak.
Sib baik jugak budak tu baik hati bagi pinjam tshirt.


: : Tshirt Yaya pakai tu tak boleh bawak masuk air : :


: : Lalu tukar lah baju pinjam ini : :

Kitorang turun awal gak dalam pukul 4 petang camtu.
Memula tak ramai orang. Menjelang jam 6 petang camtu boleh kata half swimming pool penuh.


: : Saya duduk tepi je memerhati : :

Tujuan utama cuti-cuti ni sebab nak celebrate birthday Encik Z yang ke 37 tahun.
Memandangkan memang kitorang balik Taiping sebelum puasa, so fikirkan tempat percutian yang dekat dengan Taiping je lah.
Saya tau pasal Cinta Sayang Resort ni dah lama jugak sebenarnya.
Google google kawasan sekitar, dan Yes.. ayuhlah ke Sungai Petani.
Begitu.

Tshirt kami 3 ni dari Lombok.
Selesa sangat kainnya.

Lepas Maghrib sesiap nak pergi dinner.
Kami dinner kat Sayang Restaurant dalam resort jugak.


: : Ni yang kami order. Semua pun sedap-sedap dan harga pun berpatutan. Tak silap saya semua ni termasuk drinks dalam RM120 : :


: : Mushroom soup ni pun sedap : :

Ingat nak order kek lah untuk Encik Z tapi belek menu tengok takde kek lah pulak.
Lalu order je lah Banana Split.
Selesai makan, bila sampai banana split tu kami 3 pun nyanyi lagu birthday untuk Encik Z.
Pakcik tu cam biasalah, takde nak surprise tanjat ke hapa.
Relax jer. Tapi dalam hati dia terharu ke apa kita mana tau kan.


: : Birthday card dari si anak kepada si ayah : :


: : Untunglaa jadi ayah yang awesome : :


: : Meh suap sikit : :

Tengah elok menyuap setiba-tiba manager restoran datang hulurkan kek roti aiskrim ni.
Gamak dia dengar kitorang nyanyi lagu birthday kot.
Heee.. baiknya dia. TQ Encik Manager!

Birthday wish dah ada kat ENTRY NI.
Takyah lah rerepeat lagi. Cerita pun cerita 3 bulan lalu hehe.

One thought on “Z Turns 37 : Birthday Dinner @ Sayang Restaurant

Comments are closed.